Pages

31 July 2009

Register 1 dahla, 2 mana bulih. Bengap!

Lepas puas bereksperimen menggunakan kaedah cuba tak berjaya, aku dah mula hangin. Apa kes ni, dah lama aku cuba tak jugak berjaya. Wakil pelanggan pon dah 3 kali aku call, semua tak boleh harap, pekerja baru kot.

Baru hari ni dapat tahu hal sebenar. Benda camni pon susah nak terangkan.CIMB kecoh. Ku utus sepucuk surat untuk mereka.

Amacam? Ada gaya ayat wakil rakyat berdebat kat parlimen tak ayat aku!?

28 July 2009

Dari Rantau Panjang ke Pekan Frinjan.Tanda tangan.

Macam baju Takuya Kimura. Katanya Tanjung. Terus dia tawar RM15, kalau aku nak jual sweater tu. Macam gampang lah kalu aku jual kat dia, harga tawar nak pelingkup member member. Sikit punya jauh aku beli, bundle kat Setiawan kau tahu tak?

Malas nak layan karenah Tanjung yang semakin mengada ngada, aku terus sarung jersi Malaysia versi Siam. Macam mana pon aku mesti jumpa Amri malam ni, mintak dia tandatangan jersi aku ni. Patutla Amri takde kat Rantau Panjang tadi, dia ada game rupanya malam ni.

'Cepat weh, Game dah nak mula ni' aku sound tanjung yang tengah belek belek baju kat depan cermin. Aku capai beg, masukkan buku Zamri Mohamad. Malam ni perlawanan terakhir Selangor, lawan Pahang.

'Singgah MPH sempat lagi ni. Jumpa Zamri jap, kasi dia tandatangan sket. Baru ada value'

Setibanya di Plaza Shah Alam, aku tengok gerai MPH takde orang. Yang tinggal dua orang budak sekolah tengah memilih milih buku siri Mari Mewarna. Aku tanya sorang brader tu sama ada Zamri ada lagi ke tak. Dia cakap si Zamri dah balik. Aku tiba tiba jadi nak mencarut tak tentu pasal. Aku pon bukak Facebook Zamri. Puas dengan cacian dan maki hamun yang aku pos kat dinding dia, kami pon gerak ke dataran.

Dengan langkah longlai dan kecewa...

Layan Behaa nyanyi kat Pekan Frinjan. Jani, Pipiyapong pon ada. Sibuk betul jual tshirt hilang punca ngan kacip. Barang rare gila babi katanya.

Dah dengar Pyanhabib baca puisi, sengau sengau suaranya membuatkan aku lupa pasal temu janji dengan Amri tuk tandatangan jersi. Layan terus sampai pukul 11 malam. Pegi mamposlah dengan Amri, aku tengah kecewa ni.

Nota bawah: Tuan Aboo, sayang sekali, saya mahu benar ketemu tuan! Tuan sempat lagi layan Beeha si Pari-Pari kertas hahaah! Ahad,26 Julai pukul 10.32mlm.Zamri Mohamad.

26 July 2009

Tak suka pakai baju baru.

Aku dah lapar giler. Hari ni hashim cakap dia nak masak. Tapi pukul 1 baru bangun, nanti kira makan pagi merangkap makan tengah hari(blunch). Cis!perut aku dah bunyi bunyi ni. Kecoh. Udang yang aku beli semalam ada lagi. Suruh Hashim masak sayur air pon ngam gak.

Malam tadi pegi Uptown Danau Kota cari tshirt cun. Dapat gak selai yang berkenan. RM20. Jenama sama yang aku beli kat BB Plaza rm25!. Cekik darah tol orang berniaga ni. Dia taktau ke orang cam aku ni takde duit banyak nak beli baju tu. Jual RM10 selai dahla.

25 July 2009

Hidup yang komplex

Teringat kat cikgu Bahasa Inggeris aku masa darjah enam. Tugasan paling tolol pernah dia suruh dan aku satu satunya pelajar yang berjaya siapkan tugasan tersebut. Masa tu cikgu adalah segalanya, Ummi pon slalu pesan, belaja rajin rajin. Intepretasi otak aku pada masa tu mungkin menafsirkan blaja rajin ialah dengan menurut semua kata cikgu tanpa banyak soal.

'Ah!takde keje?' mungkin itu ayat yang akan terpacul jika tugasan tersebut disuruh aku buat pada masa sekarang. Baik scan je dari bodoh pegi salin..apa cer?photostat ke..cis!

Darjah enam apa tau? Ketika itu aku belum mengerti yang 'incubus' adalah setan jantan yang suka rogol anak dara time tido (cerita hantu klasik omputih). Aku jugak tak tahu erti perkataan 'hoarding'. Sejenis penyakit psikologis iaitu hobi aneh yang suka kumpul barang lama:tak berguna tapi sayang nak buang.

Poken adalah kawan yang aku kategorikan dalam kumpulan ini memandangkan dia suka simpan plastik plastik dan barang remeh yang lain serta berfikir panjang jika aku minta kebenarannya untuk buang barang barang tersebut. Poken memang aneh! Seaneh namanya.



Nota bawah: Kamus dwibahasa English-Melayu setebal 400muka surat. Salin dari A sampi Z.

23 July 2009

Buat duit dengan melabur

Conversation with Muzani Cimb wealth advisor

Muzani Cimb wealth advisor (4/6):

Good Day 2u, I'm Muzani, from CIMB Wealth Advisors Bhd. Our branding is to Create Wealth,Protect & Preserve Wealth. If U wish to hv FREE info on "how CIMB Product & Services can assist u Financially" or u just simply want to Double your savings in some time, Call or Sms me ya?*Ready to Serve, Muzani CIMB.

Me (4/6):
Ok..which area u cover?

Muzani Cimb wealth advisor (4/6):
Hi, which area are you? I can go kl, selangor, negeri sembilan, etc.

Me (4/6):
Shah alam.where u get ma numbr?

Muzani Cimb wealth advisor (4/6):
Shah alam is okay for me, I got it from my friend Khairul Afandi,

Me (4/6):
Owh..greg.ok..i'l cntct u if i'm interested n financially ready..thnks

Muzani Cimb wealth advisor (4/6):
Alright,, fyi u can start invest from as low as rm500 to rm1000, okay,. See u soon.. Thanks.

Nota bawah:Nak join, tapi takde duetla bro!tunggu projek baik punya aku jalan dululah!

21 July 2009

Perut makin buncit apabila kadar metabolisma rendah tapi makan banyak.

Kalau kau merokok tak kurang dari sepuluh batang sehari, aku rekemen makan yang 2X caffein.

Hari ini merupakan minggu ketiga aku mula mengeluarkan peluh dan berjinak jinak kembali dengan dunia kecergasan yang telah lama aku tinggalkan. Sering bertukar tukar kerja dan selalu berada diluar kawasan menjadi alasan hits paling banyak otak aku google. Cepat letih dan keadaan perut yang makin memboroi merimaskan aku memikirkan bagaimana jika seluar jeans yang aku miliki dan pakai sekarang tak muat lagi untuk dikancing. Tak macho lansung!

Sedikit sebanyak pengetahuan tentang keupayaan badan,kecergasan dan pemakanan semasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan aku aplikasikan dalam latihan setiap petang bagi mencapai matlamat untuk melepasi ujian cooper seterusnya memantapkn lagi otot perut supaya segala lemak lemak tepu yang ada habis terbakar dan meleleh keluar bersama ammonia ketika aku kencing dan berpeluh.

Ternyata tanpa bantuan dadah tidak terlarang yang terdapat di pasaran,badan aku tidak mampu mengelilingi trek merah Komplek Sukan Panasonic. Tiga pusingan saja sudah semput dan mengah,jika ini berterusan, hati aku yang bakal terbakar memandangkan terpaksa berhabis RM2 setiap kali menggunakan trek tapi tiada hasil melainkan dapat tengok amoi berbikini mandi di swiming pool saja.

Untuk mengelakkan kelesuan badan dan dehidrat akibat pengeluaran peluh berlebihan,aku menggunakan replace hydration dan replace recovery berjenama horleys(dulu guna brand power bar:endurance n recovery) sebagai bahan pemangkin skaligus mengelakkan aku dari mativisi. Selain itu powergel (powerbar) pula sebagai fuel bg meningkatkan lagi stamina dan menambah tenaga untuk menggerakkan otot otot yang makin keras dan kejang.

Ternyata powerbar boleh dipercayai memandangkan dari pengamatan aku,kebanyakan atlet berbasikal dan ironmen semuanya menggunakan dadah ini. Derang lagi hebat,bleh bayang macam mana boleh kayuh basikal keliling malaysia dalam Le Tour d Langkawi atau pertandingan orang besi yang berenang,berlari dan kayuh basikal dari pagi sampai malam hingga solat pon entah kemana..memang hebat!

Carbohydrate electrolyte gel ni memang sempoi. Aku kira,antara adunan teknologi sukan+nutrisi paling canggih pernah terilham oleh pakar pakar nutrisi yang Kapitalis. Ternyata mampu memberikan efek tenaga kerbau untuk kegunaan sepanjang hari. Jika nelayan ada daun ketum,kaki clubin ada ectasy,bodi builder ada steroid, mat rempit ada thaisong,askar dolu dolu ada candu,nah! atlet pon ada:powergel.


Nota bawah: Cilaka! Aku kira powergel yang aku makan petang tadi masih belom diguna pakai sehabisnya. Mata aku galak,xleh tido. Penangan powergel 2x caffeine perasa tangerine. Cis!baru 50mg.

19 July 2009

Merisik

Conversation with Jon used car.

Me (28/5):
Brapa otr?loan rm?monthly?dp?mileage?

Me (28/5):
Enjin 1.6 or 1.3?

Jon used car (28/5):
Mestilah 1.6. Otr paling kurang rm33,500.loan
rm26k.d.payment rm7,500.milleage 85k.bulanan rm 333 sembilan tahun.baki lepas tolak booking tinggal rm6500 saja.

Me (28/5):
Ok.esok sy bgtau kptusn.mau kira2 dlu

Jon used car (28/5):
Aiyo.cepat sikit.

Me (28/5):
Haha..rilex bos!

Jon used car (28/5):
Ok bos

Jon used car (1/6):
Abu ni jon.apa macam tolong bagi tau.

Me (1/6):
Mnggu dpn u hntr proses utk loan boleh?sy tgh aply Overdraft.nk settle od dlu dlm mnggu ni.

Jon used car (1/6):
Nanti masa untuk loan abang tolong bagi i tau ok?

Me (1/6):
Ok.nnti sy inform

Jon used car (11:03 AM):
Mcm mana bos loan kereta tu.ni jon


nota bawah:apa barang naek 4 tayar.naek trenla, lg byk tayar..besi lg

xxxxxxxxxxx

Me (11/6):
Jon,u dah trnsfer ke duit?abu

Jon used car (11/6):
Belum,nanti dah i sms u.

Me (11/6):
Ok.agak2 hari apa u tr?dlm minggu ni boleh x?

Jon used car (11/6):
I cuba bos aku tak ada


nota bwh:cis apek. Dah seminggu ni!apehal

Awek yang kedua ni lagi sombong. Jual mahal plak tu.

16 July 2009

Tengok cerita Transformers

Besar gundam ni. Kalu ada kat Malaysia, dah lama kena potong jual kati kat kedai besi buruk.

Aku gapai cap. Ambil sweater, sarung selipar. Keluar rumah menuju pintu lif, cepat cepat aku tekan anak panah ke bawah. Gelisah.

'Kunci 447 bawak tak bob?'

''Bawak!'' jawap bob pantas dan ringkas tanpa menoleh.

Di muncungkan mulutnya sambil hembus asap rokok. Puas.

Tring..ding..

''Aku baru sampi,kat depan dah ni. 930 semua penuh. 1030 ada lagi''

Sms dari Azulu.

'Aku pon kat kaunter, tengah beratur nak beli tiket. Tak nampak ke!?'

''Mana? Takde pon!? Aku kat Jusco Bukit Raja.''

'JUSCO BUKIT TINGGI lah!'

Nota bawah: Hah..lain macam pulak pas tengok transformers ni.rasa nak jadi askar pon ada...mudflap kecoh!

Hari nak hujan.

Demo kijo nge majalah gapo ni aweey weeyyh!?..Dok eh,sajo suko suko jah ni pokcik..


'Hujan la woi..!!balik..!!

Jerit aku secara mendatar sambil terus berlalu dengan tidak mengharapkan dibalas dengan jeritan lain mahupun balingan kasut.

Memang takde kerja lain, mula mula lepak dekat palang pagar tempat parking kereta, agak dah cukup korum, lebih kurang dalam pukul enam gerak ke kedai cucur kat bawah pokok. Cucurnya tak sedap lansung. Hangit dan keras. Sos pulak macam asam pedas,pelik! Masin pulak tu.

Air nyor takde perasaan, aku rasa bahannya ais, campur gula, campur sedikit air kelapa. Pastu campur air paip, macam celaka.

Tapi makcik yang jual cucur tu baik hati. Boleh kawtim.

'Makcik!ni kira macam mana,kitorang boleh telan tiga biji je!'

Komplain bob bersahaja.

"Takpelah, bayar satu ringgit jelah"

Jawap makcik tu malu malu sambil ambil balik cucurnya yang belum di makan untuk dijual semula. Baik kan?

Tepat enam setengah awek awek JVC pon balik dari kilang. Adala dalam 4 biji bas biru akan sampai secara berturut turut. Puncak aktiviti bila time awek awek turun bas beratur nak balik umah masing masing.

'Macam tengok model catwalk kat fesyen show'

Kritik hashim berseni. Temanya sama setiap hari- uniform kerja!

Tengok awek kilang punya pasal. Haram tak menarik aktiviti ni!

Nota bawah: Ramai pulak orang invite aku main poker ngan jadi mafia. Mafia dalam facebook! Tak godfather lansung.

14 July 2009

Kesaktian Tuk Batin Tula, Mahar dan Flo

Tengok awek yang pakai tudung tu, muka macam Sheila Rusli. Komersial betul!!

Cam cilakak,cair taik tlinga aku dengar benda sama. 'cis!laskar pelangi pulak,aritu laskar cinta,pasni tah apa jenis laskar pulak yg kuar' tepu dah duk terdengar lagu lagu indon. Bukan aku mendengar,terdengar! selalu sangat berkumandang. Tabiat radio Malaysia memang macam itu. Berlumba lumba menjadi yang pertama dan paling panas,kononnya merekalah menemukan ia. Ah,hedonisme! Atau terlalu taksub pada teori 'top of mind' barangkali.

Yang terdengar agak puitis,gayanya bukan sembarangan lirik, bukan seperti lagu lagu cinta belangkas yg lain. Agak aneh! Tapi sayang, kuasa tarikannya masih gagal memaksa aku cari, baca dan hayati liriknya. 'Sampah,tau tak tau pon takpelah. Nanti ada orang laen yang kitarkan. Lainla kalu Brian Molko yang nyanyi' itulah pertama kali ketika aku terdengar lagu laskar pelangi; Hotfm duk ulang dua puluh kali dari pagi sampai malam, tak termasuk radio lain lagi,cam haram.

Minat membaca yang cuba aku semai kembali, menemukan aku dengan buku cerita Laskar Pelangi yang pada mulanya aku ingat benda yang berbeza dengan lagu di atas. Aku tengok muka depan; 'Smart! mesti edit guna cs3, tak pon illustrator'. Gambar sebelas orang budak tersenyum seribu makna, seolah olah masing masing mempunyai cita cita yang pasti mereka gapai,cukup bermakna. Kesemuanya bermuka tengit, kekampungan kecuali sorang awek yang agak tinggi dan mukanya boleh tahan komersial. Memijak lalang yang tumbuh sehingga ke paras betis berlatar belakangkan awan yang warna warni:LASKAR PELANGI,andrea hirata. Aku pusing,baca sinopsis;magis zaman kanak kanak!,cambest jek. Respon positif nampaknya dari jiwa aku. Harga RM28. Murah je rupanya buku cerita. Tapi apsal orang tak suka membaca? lainla aku, lima tahun sibuk dengan study.

Bila dah baca, rasa tertarik pulak dengan buku cerita ni. Baru aku tahu buku ni adalah benda sama dengan lagu Laskar Pelangi dari Nidji tu. Buku setebal 400 mukasurat, dikarang menjadi sebuah lagu enam kerat. Sungguh puitis! Cepat cepat aku google dan muat turun. Bila dah dengar, memang menyayat hati, dari liriknya dapat aku gambarkan betapa susah dan perit yang terpaksa kawanan melayu belitong ni lalui, memperjuangkan nasib diri dan memartabatkan keluarga melalui pendidikan. Ternyata sihir Tuk Batin Tula memang sakti. Sesakti buku cerita ini.


Nota bawah: Bila muvi nak masuk mesia neh!? torrent pon tak de!

Sedap buku cerita ni. Macam Kacip.

Bukak turbine

Pmt sakri (8:31 PM):
Salam..Nk tnye ckit,klau cmpter kt screen ada tulis no input signal n cmpter going to sleep..ape problem ek..

Me (8:33 PM):
Hah.dah terang terang dia cakap nak g tido.

Pmt sakri (8:35 PM):
dia dah terjaga pas aku siram air td

Me (8:37 PM):
Oo..cmtu cuba cek kabel screen.mayb x rapat.ketuk ketuk plug n kabel bg rapat sket.tp jangan ketuk sampai pecah pulak

Pmt sakri (8:35 PM):
Ok tq engneer..

Me (8:40 PM):
Haha.da ok ke?

Pmt sakri (8:40 PM):
Blm lg,esok aku kena repair kt taska mak aku..
Turbine blh aku bukak compter fail la..


Nota bawah:nasib baik bukan mak mertua,kalu tak dah kena tolak markah!

Semua part pon elok lagi, tapi kena tukar la encik, kalu tak kurang la bonus saya. Amacam?

12 July 2009

Kerja tak sudah.

Tangkap pakai kamera henpon. Tak berapa nak nampak seni yang aku nak gambarkan.


Hari ni hari ke 100 najib jadi pm, banyak hadiah dia bagi.
Aku hari ni bangun pukul 11 pagi, sarapan bersama jama,boy,nazir dan ac.
Nazir dan ac balik rumah pergi mandi dan berurusan sendiri.
Gerak pergi komuter batu tiga:abu,jama,boy.
Sampai klsentral salam jama,dia balik seremban,katanya kawan dia ambik dari sana kemudian terus balik melaka.
Aku dan boy pergi annexe galeri.
Tengok nizam abdullah lukis muka sendiri.

Tak berapa nak seni
Ingat lukis sendiri
Rupanya fotokopi
Mukasurat tigaenamlima hari

Lepas tu aku balik rumah.Boy balik jb.
Esok isnin. Kerja x 6.
Ahad depan? Tak tau lagi.
Ada aktiviti?

Nota bawah: Orang awam. Tak kerja macam mana nak makan.

10 July 2009

Mimpi yang agak ngeri: makhluk aneh

Mukanya ngeri licin berlendir. Sedikit lucu. Mata agak sepet
menakutkan kanak kanak yang tengok. Tapi bulat apabila dah
kenyang.Garang. Ada kepala,kaki macam manusia. Dia suka
duduk tergantung kepala ke bawah. Dengan giginya yang tajam
dan runcing itulah dia mengunyah segala makanan yang dimakan.

ni..ha!! makhluknya..

Dengan posisi kepala dan badan dalam perut, manakala ekornya
terjulur keluar dari mulut seseorang. Kalau dia lapar, digigit
gigitnya usus tanda protes x puas hati. Memang pedih, itu
maknanya dia suruh cepat cepat masukkan makanan.
Lebih kurang macam gastrik aku rasa.

Nota bawah: Kalau perut aku buncit maknanya kepalo makhluk ni dah besar.

07 July 2009

Gaduh lagi dengan awek.

Conversation with +60162068364

+60162068364 (12:34 PM):
Sila jelahkan baki tertungak sebelum hujung bulan ni,
kalo tidak kami anta surat dr makamah! Tq

*aku yang tengah pening pening sebab malam tadi tido lewat
chatin ngan jama, gagahkan jugak nak google no tipon ni..
tup..tup..heh!agak dah*

Me (12:39 PM):
Fuck you.scammer!

Me (12:41 PM):
Ur phone number already on the internet.google it u idiot!
bodo sumbu.bape sen ko dpt ngn tipu orang ni?cilakak

+60162068364 (12:39 PM):
Tq atas sms maki u! Ini bukti bertarikh 07.07.09 pada ari selasa
jam 12.35 t.ari. ABU AL-ITQAN B. ISMAIL telah anta sms kata2
kesat pada pegawai kami,pihak kami telak ambil serius dan akan
buat laporan pada pihak berkuasa! Tunggu tindakan susulan! Tq

Me (12:44 PM):
Aku pon akan repot polis dan bank negara.cakap ko cuba nk
scam aku.

+60162068364 (12:43 PM):
Silakan kami dipihak benar! U xde bukti setakat ckp kosong
dan wat2 cite sape nk dgr,tapi i ada sms maki2 u! Jgn jerat
diri sendiri! Batang idung yg kene Malu nanti! Tq

Me (12:48 PM):
Mcm mna kau ada pgang detail akaun aku?kau beli dgn org
cimb kan?siap kau.aku cari smpi dpt.ko kenal sape
dato hamzah bakar?cuba google ya

+60162068364 (12:48 PM):
Suke ati u lah nk ckp ape yg penting u xde bukti! Peduli ape
sape Dato Hamzah,kalo wat salah pun tetap dlm jail! Xde beza
pun! U yg maki2 i,ckp kurang ajar so u lak yg nk melenting
asal takot? Org salah mudah melatah!

Me (12:53 PM):
Nanti aku pos entri pasal ni kt blog aku.hihi..best jgk saiko
orang.dahla,baik ko cri kje len.nnti kita tgk sape yg btol
tersepit dikepit

Me (12:55 PM):
Kau ada fesbuk x?bg email nak add.ada berani?sblom jmpa kat
court apa kata kita brkenalan dlu..

*awek ni da gelabah x tentu hala, laen aku tanya laen plak dia
jawap. macam drama laki bini la pulak.*

+60162068364 (12:55 PM):
U sape nk tentukan idup i? U pun xbetol nk betol kan idup org,
org2 mcm u nilah perosak bangsa dan agama,wat dosa sebar
fitnah merata2,selagi ada yg terpengaruh selagi tu lah u penoh
dosa dan hati busuk! Xpelah kalo dgn cr ni u puas hati i xdpt
nk larang silakan i xrugi,xjejaskan keje i langsung malah lg
murah rezeki i! Alhamdulillah!

Me (1:00 PM):
Oh ya.dato hamzah bakar non-exec director cimb utk pngetahuan
kau.jap g aku nak g balai.ambik approval tuk disclose nama,
alamat dari fon number kau..

+60162068364 (12:57 PM):
Ok silakan!


*agak dah bosan guna stail provokasi, aku pon pon cuba guna
pendekatan yang berbeza. Lebih lembut dan mesra*

Me (1:02 PM):
Baiklah...ada facebook x?x ngamla gaduh2 cmni.

Me (1:09 PM):
Tgk.fb pon xde..teruk betul hidup kau.menipu orang je tau.
sarkastik!get a life doug

+60162068364 (1:06 PM):
Suke ti lah nk ckp ape! Aku xrugi pun!

Me (1:12 PM):
Salah tu.kau rugi sebenarnya!kau je x sedar.hihi..akak umo
bape ni?anak2 kat umah sihat?

Me (1:21 PM):
Orang nak kawan xnak.sombong!rasa bersalah la tu.

+60162068364 (1:47 PM):
Xreti nk rehat ke?

Me (2:07 PM):
Huhu.orang rehat pkl1230 la kak

+60162068364 (2:09 PM):
Bile masa lak aku kawin dgn abg ko?

Me (2:16 PM):
Marah betul dia.period ke?

+60162068364 (2:13 PM):
Ye nape susah?

Me (2:23 PM):
Hihi..lucu pulak kau ni.betul ke xde fcebook?bgla email nak
add ni..

+60162068364 (3:10 PM):
Nk wat pe? Kite xde urusan ape2 pun!

Me (3:17 PM):
Eh..ada!stat dari kau kol td urusan kita bermula.buat buat
lupa pulak dia..kedekut betul.myspace ada x?

Me (3:30 PM):
Xnak bg xpelah.merajuk la tu kena marah td.

+60162068364 (3:27 PM):
Apelah masalah u ni!

Me (3:43 PM):
Degil la kau ni.memang xleh nk wat awek.malam nnti aku pos
entri pasal peristiwa ni..hihi.GADUH LAGI DENGAN AWEK.amacam?
ngam x tajuk tu?

+60162068364 (3:41 PM):
Ok wat org yg Anti Perempuam mcm ko!

Me (3:51 PM):
Huhu.gurau sket pon marah.tacing la kau ni..mlm nnti dah post
entri kt blog aku bg link ya.jangan malu nak komen pulak

+60162068364 (4:00 PM):
Bg lah email.

Me (4:07 PM):
Haha.camnila..nah...fb.dah bg tu jangan
x add pulak!

+60162068364 (4:04 PM):
U keje ape ye?

Me (4:11 PM):
Hah.baca la kat fb.seme info kt sana..entri ni mcm mna?
ltak nma ke no tipon?

Me (4:36 PM):
Tap..!!tap..!!tap..!!
(tengah taip blog.'awek ni nak aku letak no tipon dia ke,
x bgtahu pn nama.')

+60162068364 (4:33 PM):
Ariesya

last last awek ni bagitahu jugak nama dia walopon aku tahu dia tipu

Sebelum kami berbalas khidmat pesanan ringkas, ariesya kol
aku dulu. Yang tu aku xnak cerita kat sini. Biarlah ia menjadi
rahsia kami berdua.kah kah kah

"Kalau kau x menipu,orang tipu kau. Macam babi".socrates.

Nota bawah: Dia antar satu, dua aku balas. Tertunggu tunggu.
Macam tengah bercinta.

06 July 2009

dvvt tebakar dan babi suci.sebuah harapan.

memang x kasi can. awal awal lagi no plate dah kena cabut.

'babi.kalu aku da beli D90 kan da sedap ambik gambar tadi'
''bodoh!kan kau baru balik keje,kalu da ada pon xkan kau nak
usung benda tu bawak pegi keje''
'ya tak ya juga'

kelihatan abang bomba yang sibuk dan penyibuk di tempat kebakaran.

Cina yang bawak dvvt hijau tu da gelabah. Dressing macam pomen. Aku rasa ya. Sesekali tengok henset. Buat buat baca sms,call. Agaknya tengah test drive kete customer baru lepas repair. Esok pegi tikam nombor banyak banyak pastu pegi kelang ambik restu ngan babi suci. Harap nombor kau kuar dalam mapiau. Selamat bermimpi.

Nota bawah:kita tengok apa syahril bin sumery nak cakap.wakil dvvt.

05 July 2009

Cerita Nak pergi kerja.

kau jangan selalu sangat ponteng keje!!

Aku nak pergi kerja.

Stat moto. Taknak hidup.

Aku stat lagi. Tak hidup jugak.

Aku gosok gosok moto, sambil bisik.

Hidupla. Aku nak pergi kerja ni'

Try lg..taknak idop jugak

Aku pon jalan kaki...


Jalan kaki naik bilik.

SMS:KT,arini aku mc!


Nota bawah: Nanti rajin aku pergi beli minyak.

03 July 2009

Air tangan mamak

Kau jangan main,dengan design ni tokey kedai bayar aku rm500. x termasuk dia belanja makan lg.


Sos tomato,frankfurter(item wajib ada),kicap,beras,megi,milo 3 dalam 1 dll...stiap awal bulan pas gaji masuk,rutin seme org g beli belah barang barang dapur.Walaupun bujang,aku x terkecuali.Mungkin barang yg dibeli sahaja yg berbeza,niat seme sama.nk berjimat.xkan mau makan kat kedai tiap tiap hari.Kayalah tokey kedai.Kalu x, macam mana aku nak simpan duet n g koh samui nnti. Kamera pon blom beli.

Lepas siap basuh baju,aku dah berkira kira apa aku nak buat esok.Sabtu beb.Apa barang lepak umah,dahla awal bulan.t esok aku nak masak nasi goreng,telur separuh masak,milo.seme brg da beli,tinggal adun je.haha..

Pukul 9 baru aku bangun.lapar!.Terus pegi mandi.siap siap,aku pon turun dari tingkat 6 sampai bawah.Setat moto, laju laju aku pecut ke kedai mamak..'aney!roti o satu,telur sparuh masak dua,minom teh tarik'..




nota bawah: Cis!makan kat kedai jugak...

02 July 2009

Setan merah lawan harimau kuning.

seronok dia dapt maen air


Stakat aku taip entry ni anak buah aku ada empat orang. Sme kecik blom skolah lg.aku jamin raya nnti empat orang empat orang tu x reti nk mintak duet raya.haha..Dah lma jgk x jenguk derang. Ceklat lngkwi yg bli aritu pon ada g. Leh jgk singgah umh abg aku ujung minggu ni.

Ajaq ngn kumbing da bli tket manu lwn mesia.'rm98 siap dpt trenin pass klu bli sblom 1jun.cepat bli dowh' taip ajak kt dinding fesbook aku ngn rasa bangga. Tp kumbing,ajaq fanatik manu! apa kes aku yg sokong gunners nak amek tindakan cm2.klu pg pon mayb bli rm50 je. Klu x pg bla lg hon yg aku bli ms tgk hoki asia cup tu nk brbunyi.headband mesia pon ada.haha.aku nk pegi ke x?

bzzz..bzzz..

Bunyi enset aku menggelupur kt atas meja sbb aku wat mode senyap.'qan,nk duit rm300.nk bayar yuran kolej'msg dr adik aku.tau je dia aku bru dapat gaji smlam.



Nota bawah:aku mna ada duet nk g tgk manu maen!

Satria baja hitam

Oi..oi..!

sakti

Yang ni x mahal, rm150 je dapat.

Begitu sakti.berdengung dengung di dalam kalbu.yang terasa kemudiannya adalah penyesalan

Reviu Stingarden:sinaganaga

Aku bagi hashim(dak umah aku) baca buku stingarden.lepas bagi,terus aku ke bilik air basuh tangan(rutin aku tiap kali smpi umah pas balik keje). Dah siap aku masuk bilik lap lap tangan pastu bukak surat baru sampai tadi. 'rm50 .Oo..ni statement overdraft aku.tah bila nak siap akak tu proses.dah sbulan aku tunggu ni.dahla tadi bank negara cakap cek x comply ctcs dah xleh pakai.nak kena tukar baru ke?selai pon aku lom pakai lagi yang ni' getus hati aku.

Tiba tiba aku dengar hashim tergelak. Aku kira baru muka surat tiga dia baca stingarden tu. 'hah!baru dia tau apa sbenarnya erti buku cerita, dia belom kenal lagi sape sinaganaga tu' aku pon x kenal. Tapi member aku cakap c naga tu otai dunia blog. Banyak syarikat berebut nak letak banting kt blog naga. Tapi naga wat bodo sumbu jek x layan. Dia aku kira bukan sembarangan orang. Seni!

Tengah aku taip entri ni pon hashim duk gelak lagi. Bahaya ni,tadi awal awal lagi aku dah pesan baca satu muka surat je satu hari. Gelak bukan leh setiap masa.


Nota bawah: Aku xtau macam mana Sinaga leh kawan ngan pipiyapong atau sebaliknya. Tapi Pipi ni dak skolah aku dulu.