Pages

28 July 2009

Dari Rantau Panjang ke Pekan Frinjan.Tanda tangan.

Macam baju Takuya Kimura. Katanya Tanjung. Terus dia tawar RM15, kalau aku nak jual sweater tu. Macam gampang lah kalu aku jual kat dia, harga tawar nak pelingkup member member. Sikit punya jauh aku beli, bundle kat Setiawan kau tahu tak?

Malas nak layan karenah Tanjung yang semakin mengada ngada, aku terus sarung jersi Malaysia versi Siam. Macam mana pon aku mesti jumpa Amri malam ni, mintak dia tandatangan jersi aku ni. Patutla Amri takde kat Rantau Panjang tadi, dia ada game rupanya malam ni.

'Cepat weh, Game dah nak mula ni' aku sound tanjung yang tengah belek belek baju kat depan cermin. Aku capai beg, masukkan buku Zamri Mohamad. Malam ni perlawanan terakhir Selangor, lawan Pahang.

'Singgah MPH sempat lagi ni. Jumpa Zamri jap, kasi dia tandatangan sket. Baru ada value'

Setibanya di Plaza Shah Alam, aku tengok gerai MPH takde orang. Yang tinggal dua orang budak sekolah tengah memilih milih buku siri Mari Mewarna. Aku tanya sorang brader tu sama ada Zamri ada lagi ke tak. Dia cakap si Zamri dah balik. Aku tiba tiba jadi nak mencarut tak tentu pasal. Aku pon bukak Facebook Zamri. Puas dengan cacian dan maki hamun yang aku pos kat dinding dia, kami pon gerak ke dataran.

Dengan langkah longlai dan kecewa...

Layan Behaa nyanyi kat Pekan Frinjan. Jani, Pipiyapong pon ada. Sibuk betul jual tshirt hilang punca ngan kacip. Barang rare gila babi katanya.

Dah dengar Pyanhabib baca puisi, sengau sengau suaranya membuatkan aku lupa pasal temu janji dengan Amri tuk tandatangan jersi. Layan terus sampai pukul 11 malam. Pegi mamposlah dengan Amri, aku tengah kecewa ni.

Nota bawah: Tuan Aboo, sayang sekali, saya mahu benar ketemu tuan! Tuan sempat lagi layan Beeha si Pari-Pari kertas hahaah! Ahad,26 Julai pukul 10.32mlm.Zamri Mohamad.

2 contengan:

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Sabr-sabar....

abOo said...

kah kah..nasib baik ada Beeha.

bulan 8 lah kita jumpa kat bengkel penulisan ya tuan Zamri..

Post a Comment