Pages

16 July 2009

Hari nak hujan.

Demo kijo nge majalah gapo ni aweey weeyyh!?..Dok eh,sajo suko suko jah ni pokcik..


'Hujan la woi..!!balik..!!

Jerit aku secara mendatar sambil terus berlalu dengan tidak mengharapkan dibalas dengan jeritan lain mahupun balingan kasut.

Memang takde kerja lain, mula mula lepak dekat palang pagar tempat parking kereta, agak dah cukup korum, lebih kurang dalam pukul enam gerak ke kedai cucur kat bawah pokok. Cucurnya tak sedap lansung. Hangit dan keras. Sos pulak macam asam pedas,pelik! Masin pulak tu.

Air nyor takde perasaan, aku rasa bahannya ais, campur gula, campur sedikit air kelapa. Pastu campur air paip, macam celaka.

Tapi makcik yang jual cucur tu baik hati. Boleh kawtim.

'Makcik!ni kira macam mana,kitorang boleh telan tiga biji je!'

Komplain bob bersahaja.

"Takpelah, bayar satu ringgit jelah"

Jawap makcik tu malu malu sambil ambil balik cucurnya yang belum di makan untuk dijual semula. Baik kan?

Tepat enam setengah awek awek JVC pon balik dari kilang. Adala dalam 4 biji bas biru akan sampai secara berturut turut. Puncak aktiviti bila time awek awek turun bas beratur nak balik umah masing masing.

'Macam tengok model catwalk kat fesyen show'

Kritik hashim berseni. Temanya sama setiap hari- uniform kerja!

Tengok awek kilang punya pasal. Haram tak menarik aktiviti ni!

Nota bawah: Ramai pulak orang invite aku main poker ngan jadi mafia. Mafia dalam facebook! Tak godfather lansung.

0 contengan:

Post a Comment