Pages

25 July 2009

Hidup yang komplex

Teringat kat cikgu Bahasa Inggeris aku masa darjah enam. Tugasan paling tolol pernah dia suruh dan aku satu satunya pelajar yang berjaya siapkan tugasan tersebut. Masa tu cikgu adalah segalanya, Ummi pon slalu pesan, belaja rajin rajin. Intepretasi otak aku pada masa tu mungkin menafsirkan blaja rajin ialah dengan menurut semua kata cikgu tanpa banyak soal.

'Ah!takde keje?' mungkin itu ayat yang akan terpacul jika tugasan tersebut disuruh aku buat pada masa sekarang. Baik scan je dari bodoh pegi salin..apa cer?photostat ke..cis!

Darjah enam apa tau? Ketika itu aku belum mengerti yang 'incubus' adalah setan jantan yang suka rogol anak dara time tido (cerita hantu klasik omputih). Aku jugak tak tahu erti perkataan 'hoarding'. Sejenis penyakit psikologis iaitu hobi aneh yang suka kumpul barang lama:tak berguna tapi sayang nak buang.

Poken adalah kawan yang aku kategorikan dalam kumpulan ini memandangkan dia suka simpan plastik plastik dan barang remeh yang lain serta berfikir panjang jika aku minta kebenarannya untuk buang barang barang tersebut. Poken memang aneh! Seaneh namanya.



Nota bawah: Kamus dwibahasa English-Melayu setebal 400muka surat. Salin dari A sampi Z.

0 contengan:

Post a Comment