Pages

14 July 2009

Kesaktian Tuk Batin Tula, Mahar dan Flo

Tengok awek yang pakai tudung tu, muka macam Sheila Rusli. Komersial betul!!

Cam cilakak,cair taik tlinga aku dengar benda sama. 'cis!laskar pelangi pulak,aritu laskar cinta,pasni tah apa jenis laskar pulak yg kuar' tepu dah duk terdengar lagu lagu indon. Bukan aku mendengar,terdengar! selalu sangat berkumandang. Tabiat radio Malaysia memang macam itu. Berlumba lumba menjadi yang pertama dan paling panas,kononnya merekalah menemukan ia. Ah,hedonisme! Atau terlalu taksub pada teori 'top of mind' barangkali.

Yang terdengar agak puitis,gayanya bukan sembarangan lirik, bukan seperti lagu lagu cinta belangkas yg lain. Agak aneh! Tapi sayang, kuasa tarikannya masih gagal memaksa aku cari, baca dan hayati liriknya. 'Sampah,tau tak tau pon takpelah. Nanti ada orang laen yang kitarkan. Lainla kalu Brian Molko yang nyanyi' itulah pertama kali ketika aku terdengar lagu laskar pelangi; Hotfm duk ulang dua puluh kali dari pagi sampai malam, tak termasuk radio lain lagi,cam haram.

Minat membaca yang cuba aku semai kembali, menemukan aku dengan buku cerita Laskar Pelangi yang pada mulanya aku ingat benda yang berbeza dengan lagu di atas. Aku tengok muka depan; 'Smart! mesti edit guna cs3, tak pon illustrator'. Gambar sebelas orang budak tersenyum seribu makna, seolah olah masing masing mempunyai cita cita yang pasti mereka gapai,cukup bermakna. Kesemuanya bermuka tengit, kekampungan kecuali sorang awek yang agak tinggi dan mukanya boleh tahan komersial. Memijak lalang yang tumbuh sehingga ke paras betis berlatar belakangkan awan yang warna warni:LASKAR PELANGI,andrea hirata. Aku pusing,baca sinopsis;magis zaman kanak kanak!,cambest jek. Respon positif nampaknya dari jiwa aku. Harga RM28. Murah je rupanya buku cerita. Tapi apsal orang tak suka membaca? lainla aku, lima tahun sibuk dengan study.

Bila dah baca, rasa tertarik pulak dengan buku cerita ni. Baru aku tahu buku ni adalah benda sama dengan lagu Laskar Pelangi dari Nidji tu. Buku setebal 400 mukasurat, dikarang menjadi sebuah lagu enam kerat. Sungguh puitis! Cepat cepat aku google dan muat turun. Bila dah dengar, memang menyayat hati, dari liriknya dapat aku gambarkan betapa susah dan perit yang terpaksa kawanan melayu belitong ni lalui, memperjuangkan nasib diri dan memartabatkan keluarga melalui pendidikan. Ternyata sihir Tuk Batin Tula memang sakti. Sesakti buku cerita ini.


Nota bawah: Bila muvi nak masuk mesia neh!? torrent pon tak de!

Sedap buku cerita ni. Macam Kacip.

0 contengan:

Post a Comment