Pages

01 August 2009

Kita rugi

14/07/09

'Weyh!kita rugi la,aku silap kira!'

''Apa!?''

'Duit pasang kipas hari tu'

''Bape banyak!?''

'Ni..!RM120..' Jawap hashim dengan muka yang agak serius. Kapur masih di tangan, di kira kira lagi berulang kali. Habis bersepah atas toolbox dengan tulisan matematiknya.

Gaya akauntan nak tutup akaun syarikat pon ada. Kalau tengok betul betul macam tengah fikir kombinasi nombor yang paling ngam,Toto 4D. Susah payah fikir, segala rumus matematik yang cikgu ajar zaman sekolah habis diaplikasikan.

4848, kelajuan speed gear pinion turbine RB5 memang selalu naik.1032 baru sekali, tapi first prize, bukan alang alang. Banyak lagi nombor yang pernah naik. Kalau ada budak PMT yang kena,esoknya mesti tak datang kerja. Berapa lama cuti bergantung berapa banyak besar dan kecil yang dibeli. Hari tu ada yang menang banyak. Banyak gampang. Terus berhenti kerja. Dengar cerita dah beli lori bisnes sayur pulak.


Nota bawah: Teka teka nombor aku tak berapa nak pandai. Sekolah dulu cikgu ajar matematik tambah tolak je. Bab kebarangkalian cikgu tak ajar.

0 contengan:

Post a Comment