Pages

21 July 2009

Perut makin buncit apabila kadar metabolisma rendah tapi makan banyak.

Kalau kau merokok tak kurang dari sepuluh batang sehari, aku rekemen makan yang 2X caffein.

Hari ini merupakan minggu ketiga aku mula mengeluarkan peluh dan berjinak jinak kembali dengan dunia kecergasan yang telah lama aku tinggalkan. Sering bertukar tukar kerja dan selalu berada diluar kawasan menjadi alasan hits paling banyak otak aku google. Cepat letih dan keadaan perut yang makin memboroi merimaskan aku memikirkan bagaimana jika seluar jeans yang aku miliki dan pakai sekarang tak muat lagi untuk dikancing. Tak macho lansung!

Sedikit sebanyak pengetahuan tentang keupayaan badan,kecergasan dan pemakanan semasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan aku aplikasikan dalam latihan setiap petang bagi mencapai matlamat untuk melepasi ujian cooper seterusnya memantapkn lagi otot perut supaya segala lemak lemak tepu yang ada habis terbakar dan meleleh keluar bersama ammonia ketika aku kencing dan berpeluh.

Ternyata tanpa bantuan dadah tidak terlarang yang terdapat di pasaran,badan aku tidak mampu mengelilingi trek merah Komplek Sukan Panasonic. Tiga pusingan saja sudah semput dan mengah,jika ini berterusan, hati aku yang bakal terbakar memandangkan terpaksa berhabis RM2 setiap kali menggunakan trek tapi tiada hasil melainkan dapat tengok amoi berbikini mandi di swiming pool saja.

Untuk mengelakkan kelesuan badan dan dehidrat akibat pengeluaran peluh berlebihan,aku menggunakan replace hydration dan replace recovery berjenama horleys(dulu guna brand power bar:endurance n recovery) sebagai bahan pemangkin skaligus mengelakkan aku dari mativisi. Selain itu powergel (powerbar) pula sebagai fuel bg meningkatkan lagi stamina dan menambah tenaga untuk menggerakkan otot otot yang makin keras dan kejang.

Ternyata powerbar boleh dipercayai memandangkan dari pengamatan aku,kebanyakan atlet berbasikal dan ironmen semuanya menggunakan dadah ini. Derang lagi hebat,bleh bayang macam mana boleh kayuh basikal keliling malaysia dalam Le Tour d Langkawi atau pertandingan orang besi yang berenang,berlari dan kayuh basikal dari pagi sampai malam hingga solat pon entah kemana..memang hebat!

Carbohydrate electrolyte gel ni memang sempoi. Aku kira,antara adunan teknologi sukan+nutrisi paling canggih pernah terilham oleh pakar pakar nutrisi yang Kapitalis. Ternyata mampu memberikan efek tenaga kerbau untuk kegunaan sepanjang hari. Jika nelayan ada daun ketum,kaki clubin ada ectasy,bodi builder ada steroid, mat rempit ada thaisong,askar dolu dolu ada candu,nah! atlet pon ada:powergel.


Nota bawah: Cilaka! Aku kira powergel yang aku makan petang tadi masih belom diguna pakai sehabisnya. Mata aku galak,xleh tido. Penangan powergel 2x caffeine perasa tangerine. Cis!baru 50mg.

2 contengan:

SuRaYa said...

wah..x ly blah kat part mat rempit ngn taisong kaki klubbin ngn E...hahaha..

abOo said...

pasangan yang ngam

Post a Comment