Pages

16 July 2009

Tengok cerita Transformers

Besar gundam ni. Kalu ada kat Malaysia, dah lama kena potong jual kati kat kedai besi buruk.

Aku gapai cap. Ambil sweater, sarung selipar. Keluar rumah menuju pintu lif, cepat cepat aku tekan anak panah ke bawah. Gelisah.

'Kunci 447 bawak tak bob?'

''Bawak!'' jawap bob pantas dan ringkas tanpa menoleh.

Di muncungkan mulutnya sambil hembus asap rokok. Puas.

Tring..ding..

''Aku baru sampi,kat depan dah ni. 930 semua penuh. 1030 ada lagi''

Sms dari Azulu.

'Aku pon kat kaunter, tengah beratur nak beli tiket. Tak nampak ke!?'

''Mana? Takde pon!? Aku kat Jusco Bukit Raja.''

'JUSCO BUKIT TINGGI lah!'

Nota bawah: Hah..lain macam pulak pas tengok transformers ni.rasa nak jadi askar pon ada...mudflap kecoh!

0 contengan:

Post a Comment