Pages

07 August 2009

Basikal bulan dan bintang.

Setiap kali hari Khamis, rancangan untuk hujung minggu sudah di atur. Minggu ni Kamarudin ajak aku lepak rumah dia. Ceritanya memang berapi, terkesima aku seketika mendengar bagaimana nanti kami berdua menaiki basikal tersebut menyusuri laluan yang sunyi sambil hirup udara segar di waktu pagi. Hanya ada dua. Satu basikal bulan, satu lagi basikal bintang. Agak agak lapar, boleh petik buah ara tepi sungai. Peh..memang ngam!!

Habis je waktu sekolah, kami berdua terus gerak balik. Tunggu tepi tangki air besar, nanti ayah Kamarudin datang dengan motor. Memang tak sabar nak naik basikal bintang. Basikal bulan dia dah cop dulu katanya. Aku tak kisah sangat, tak suka nak gaduh gaduh, janji dapat naik basikal. Lagipon badan dia dah besar walaupon masa tu baru darjah 4. Kelenjar pituitarinya berfungsi dengan baik.

Perjalanan dari pekan ke Gua Ikan makan masa 15 minit. Rumah dia agak kedalam, kalau menapak aku rasa bahaya, ada harimau. Cerita mawas culik bayi yang diceritakan Tengku pon ngeri jugak aku dengar. Mau nanti jadi macam cerita budak serigala,cerita hutan pengakap.

Pasal basikal bulan bintang satu hal, tapi ada benda lebih menarik menarik perhatian aku. Katanya Kamaruddin, kat Gua Ikan ada perkampungan Bunian. Mendengar dia bercerita tentang ayahnya pernah melawat kampung Bunian membuatkan aku lebih teruja. Sampai cikgu Alam Dan Manusia aku pon beria ria mendengar cerita tu. Satu je nekad aku pada haritu, tak dapat naik basikal bintang, dapat jumpa puteri Bunian pon jadilah.

Nota bawah: Takkan bersambung.

0 contengan:

Post a Comment