Pages

30 August 2009

Berbuka di Shah Alam, sahur di Gua Musang.

Semalam berbuka makan kepak ayam bakar, semasa kat bazar dia punya aroma punyala ngancam. Sebanyak banyak juadah yang dijual, ini yang paling menusuk hidung. Sekepak, dua kepak..sampai tiga kepak aku makan. Lazat betul.

Dengan petunjuk yang serba lengkap dan paling mudah yang aku bagi, akhirnya Matju pon sampai juga ke rumahku. Hah,kan aku dah cakap, tak susah.

Matju pandu Satria Neo warna hitam berkilat baru lepas basuh. Rasa macam nak angkat jugak satu. Kacukan Lotus dan Mitsubishi katakan, memangla seksi dan ngancam macam aroma kepak ayam.

Pergi jahanam dengan Jeremy Clarkson (Topgear), gergasi perut buncit!. Apa dia ingat Lotus Elise pon seluas Bentley? Tapi Satria Neo tak seseksi Maria Ozawa dan awek transformers lah.

Dengan pemanduan yang tenang dan bersahaja, akhirnya kami tiba di Gua Musang. Berhenti pekena sahur dulu, nanti baru ada tenaga nak potong lori balak 16 tayar, kata Payih. Keadaan jalan pon mencabar, kecik dan banyak kona kona dikelilingi bukit bukau.

Kerajaan pusat pon satu macam, ingat aku tak tahu dia tak bagi peruntukan buat jalan baru. Dulu cakap nak bina Lebuhraya Pantai Timur, dari Pahang sampai Kelantan, tup.. tup.. Buat LPT sampai Terenggganu je. Dibatalkan sebab Barisan Nasional tak dapat rampas Kelantan. 1Malaysia konon! Macam Firaun.

Satu hari nanti bila dia dah jadi parti minoriti baru dia tau. Takleh pow Petronas, duit KWSP takleh cekau, Felda dan Tabung Haji apatah lagi. Bapak mertua dia di Mongolia pon jangan harap nak terima dia balik masa tu.

Nota bawah : Aku rilek je. Takde nak terajang terajang pintu sebab tak dapat lebuhraya. Dah biasa dengan kekurangan. Nanti hari mengundi aku tunjukla kuasa yang aku ada.

0 contengan:

Post a Comment