Pages

26 August 2009

Buat keputusan.

Pernah ada sorang awek tanya pasal nak sambung belajar kat mana. Katanya susah nak buat keputusan sampai tepsaksa mintak pandangan banyak pihak. Dari penjelasan panjangnya aku faham yang dia dalam dilema nak sambung kat mana dan ambik jurusan apa. Komplainnya lagi UiTM dah tak bagi subsidi makan!

Dulu waktu aku isi borang UPU lepas matrik, aku pilih negeri yang aku tak pernah sampai lagi dan paling jauh. Maka aku dapat sambung kat Universiti Parit Raja, Johor. Memang pilihan yang tepat sebab dapat naik ketapi 14jam dari Wakaf Bharu ke Kluang. Sampai je Kluang terus pekena Kluang Rail Coffee.Memang ngam. Rasa macam tengah ikut ekspedisi keliling dunia melalui jalan darat.

Disebabkan jauh maka aku jarang jarang balik dan malas nak balik selalu. Balik kampung 2 tahun skali saja,itupon kalau ada duit lebih dan takde program yang lebih baik nak buat baru aku balik.

Masa nak pilih kerja pon sama, aku pilih tempat yang tak pernah aku duduk. Bezanya tempat tu mestilah ditengah tengah peta semenanjung. Mestilah Kuala Lumpur. Tetapi kerja kat KL tak bertahan lama, 5 bulan je. Baru aku tau KL ni macam celaka. Segalanya mahal. Babi! KL tak serasi ngan aku, lalu ku bawa diri ke Shah Alam.

Nota bawah: Buat tindakan dengan fikiran bukan perasaan. Menulis dengan perasaan hal yang lain.

2 contengan:

nizamsani said...

adik ipar aku kat uitm dapat subsidi makan RM4 sehari.

abOo said...

sekali makan pon dah rm5.rm4 dapat makan apa ya

Post a Comment