Pages

20 August 2009

Empat kehidupan:RM58.50.

Semenjak sudah bosan nak merayau rayau, dah malas nak pergi beli buku kat MPH lagi. Sekarang semua urusan dilakukan depan komputer, dalam bilik di rumah sahaja. Ujana ilmu online, bukan kedai buku biasa! Tagline dia pon bukan sembarang.
Apabila membayar harga buku di Ujana Ilmu anda bukan sekadar membeli kertas dan tinta, sebaliknya mendapat sebuah kehidupan


Terpikat dengan jaminan buku di Ujana Ilmu bukan sekadar buku, tetapi adalah kehidupan, maka aku beli 4 kehidupan pada harga rm58.50. 3 kehidupan coretan Pak Hamka dan 1 dari Pak Samad. Cinta Fansuri dah diterjemah ke bahasa Jerman.

Empat buah kehidupan yang telah dibeli dan akan dilalui.

Antara kehidupan yang telah dilalui.


Nota bawah:Jika benar buku adalah kehidupan, sehingga hari ini di bulan ogos, tiga kehidupan telahku lalui dan satu sedang kulalui disamping kehidupanku sendiri.

2 contengan:

nizamsani said...

suka ujanailmu juga.

abOo said...

Rasanya beli secara online lagi untung.selalu ada harga diskaun.lagi 1 dapat penanda buku.

Post a Comment