Pages

05 August 2009

Mawas di lereng bukit.

Rumah berada di terehan bukit di tepi jalan. Tingkat ke lima. Kat situ bahaya. Ada monyet besar macam mawas tapi bukan mawas. Apabila senja menjelma, tuan rumah awal awal lagi tutup dan kunci semua tingkap takut mawas tu ceroboh rumah dah culik anak kecil. Memang perkara itu paling digeruni. Jarang suami akan meninggalkan isteri dan anak kecil mereka sendirian di waktu malam.

Keadaan dinding rumah yang diperbuat dari jalinan buluh memungkinkan seisi rumah diintip, setiap masa. Sentiasa ada perasaan semacam sesuatu memerhati. Melihat lihat menantikan peluang untuk bertindak. Juntaian dahan dari pokok yang berkedudukan lebih rendah dari tapak rumah membolehkan mawas mengintip dengan lebih berkesan dan senyap tanpa diketahui kehadirannya.

Kalau ingin ke pekan bagi mendapatkan bekalan beras dan barang dapur, awal awal pagi terpaksa keluar supaya balik nanti, sebelum senja sudah tiba di rumah. Untung kalau ada kenderaan yang menghala ke pekan, boleh ditumpang,kalau tidak terpaksa menapak.

Nota bawah: Cerita klasik orang orang kawasan Gua Ikan.

0 contengan:

Post a Comment