Pages

11 August 2009

Pos bungkusan kat pejabat pos.

Tadi, seluruh waktu rehat aku habiskan kat pejabat pos yang tak bertamadun. Kini waktu opis baru nak makan, rasa macam kerja kerajaan pula boleh makan sesuka hati bila bila masa.

Di pejabat pos.

Tekan mesin kira nombor giliran: 2172, Nombor sekarang ialah 2093.Sila duduk, anda anda dilayan sebentar lagi.

"Jadah sebentar lagi" getus hati aku tak semena mena.

Ramai pulak orang hari ni. Macam biasa, aku tak terus duduk, lepak dulu depan pintu layan udara sejuk aircond sambil usha sekeliling. Tak ramai pon orang, tapi apehal giliran aku sampai ke seratus neh!? Hah, memang aku dah agak, selalu sangat budak budak duk main tekan tekan mesin ni. Tu tak campur lagi yang balik sebab putus asa menunggu. Tak macam bank merah putih, ada pakcik pegang senapang jaga mesin kira nombor giliran, garang pula tu.

Di papan kenyataan terpampang jelas perkataan, 'Rakan Kepercayaan Anda'. Motto baru Pos Malaysia agaknya. Macam syarikat skim piramid labu peram, tah apa yang percayanya.

Nota bawah : Dari darjah 5 sampai berumur 25, pejabat pos masih macam tu. Nasib baik aku dah pandai bayar bil kut internet.

0 contengan:

Post a Comment