Pages

14 August 2009

Tak macam kerja kerajaan.

Sejak tempat kerja aku ada ketua sumber manusia yang baru, ketenteraman sedikit terganggu. Kadang kadang rasa macam sekolah rendah, setiap masa ada pengawas nak catat nama kalau buat salah.

Untung betul kerja sumber manusia, dibayar gaji untuk memotong gaji. Berapa banyak bonus dia bergantung berapa banyak dia dapat potong gaji pekerja. Barangkali itu prinsip kerja yang membuatkannya begitu bermotivasi.

Kalau kerja kerajaan, tak sempat rasanya Datuk Subramaniam nak catat, ramai sangat. Kalau nak buat jugak, kena lantik ramai pengawas. Pulak tu mesti susah nak cam sape datang kerja pukul 7 dengan yang datang pukul 8.30 pagi. Semua nampak sama je kat kantin. Yang datang pukul 7 pon buat buat datang pukul 830 lepak kat kantin sampai pukul 10 pagi. Agaknya.

Nota bawah: Kelmarin aku dengar cerita; tayar kereta ketua sumber manusia ada orang pancitkan. Macam zaman sekolah.

0 contengan:

Post a Comment