Pages

02 August 2009

Tamak.

Awek, ironman wannabe.

'Buku apa tu? banyak je..' pak cik 'engine driver' cuba memulakan perbualan, cukup mesra. Sebagai tanda terima kasih agaknya.

'Mana? Kulit gambar kutu hisap rokok ke?Kacip!'

'Eh,tak! Yang warna putih tu banyak banyak' kali ni senyumannya lebih lebar. Tah apa yang dia nak, aku tak berapa nak tangkap.

'Oh! Tu buku fizik nuklear,macam yang TNB nak buat 10 tahun lagi. Lebih kurang sama dengan stim tarbin, cuma tak pakai stim, pakai nuklear' terang aku yang tak berapa nak faham. Ringkas.

'Oo..takde asap la benda tu ek?'pak cik tu masih tak berpuashati sambil tangan menunjuk nunjuk pada cerobong asap boiler.

Aku dah mula serabut. Cuba mematikan perbualan sebelum hilang kawalan.

'Kita tunggula bila dah ada. Nanti kita tengok berasap ke tak' jawap aku dengan sombong sambil bertanya samaada dia dah ada ke belum manual Shinko stim tarbin. Katanya belum.

Agak macam line dah clear dan faham berkenaan penjelasan aku tadi, pak cik tu minta diri dengan muka yang paling berpuas hati.

2 helai baju yang diberikan tadi disorok dalam raga motor. Menonong laju dipecut motornya ke rumah meninggalkan stim tarbin tak dijaga. Kelakuannya tak selari betul dengan penjelasannya di awal pertemuan kami.

Dari jauh aku nampak gundu yang jaga boiler tak puas hati. Matanya merah berkaca. Tak pasti air mata yang mengalir sebab tak dapat baju ataupun kena asap. Ditolak tolaknya fiber masuk ke dalam tempat bakar. Ah,mata masuk habuk la tu. Getus hati aku tak berapa nak ambil berat...kesian gundu.

Nota bawah: Apa cerita ni dua dua helai pon nak sapu. Kata gaji sebulan 5 ribu, KWSP dah 300 ribu.

0 contengan:

Post a Comment