Pages

18 August 2009

Teknologi yang tak banyak membantu

Sejak install perisian fonbook Icontact kat fon, semua nombor yang aku simpan sebelum ni jadi celaru. Ada yang tiba tiba hilang tah kemana,ada nombor jadi tertukar ngan orang lain. Nombor bos jadi nombor Jama pulak. Hah! Leceh betul. Huru hara hidup bila dapat call pukul 3 pagi, ingatkan bos suruh ke-luar kawasan, rupanya Jama ajak kuar ngeteh.

Bila dapat call dari nombor yang takde nama, takde hal sebab boleh cam suara. Kalau tak berapa nak cam suara, mungkin boleh dapat tangkap dari apa yang dibualkan. Kalau yang call tiba tiba ajak main futsal mesti aku tau tu Tanjung, takkanla mak aku kat kampung.

Yang susahnya bila dapat khidmat pesanan ringkas dari member yang namanya sudah terpadam. Haram!macam mana nak tangkap siapa yang sms,pulak tu sms pendek sekadar tanya 'buat apa?'..'kat mana?'..ni yang masalah negara ni. Kalau member tu jenis selamba mungkin tak kisah sangat kalau aku tanya 'siapa ni?'

+6012xxxxxxx (10:41 PM):
Hi..i nk tukar no,klo u xdpt kontek no nie...contact no bru i k..+6012ooooooo..t.care..daa

Me (10:50 PM):
Sori.sape ni?

+6012xxxxxxx (10:51 PM):
O..da delete ma no..xpelah mcm 2..juz ignore ma msj k..daa

Me (10:52 PM):
daa

Nota bawah: Dalam 10 sms aku terima, 5 saja yang aku kenal yang lain aku buat buat kenal.

0 contengan:

Post a Comment