Pages

12 August 2009

Tingkatan empat dah masuk universiti.

Jarak dari rumah ke sekolah dekat je, dalam 5 kilometer. Jalan kaki pon sampai, tapi aku selalu pergi naik bas. Balik pon naik bas. Bas bernombor 61A.

Dia punya jalan, sebelum sampai sekolah kena lalu Universiti Sains Malaysia cawangan Kubang Kerian. Pemandu bas pon satu macam. Dia akan masuk pusing kat dalam universiti dulu lepas tu baru keluar balik menuju ke sekolah aku.

Semasa tingkatan 4 aku selalu naik bas ni untuk ke sekolah dan balik ke rumah. Jadi, tiap tiap hari sebelum ke sekolah aku akan masuk universiti dulu. Misi kat dalam ni memang bersepah, abang drebar nak usha misi agaknya.

Sekarang bila dah kerja ni jarang nak masuk universiti lagi. Kalau masuk pon time balik kampung. Itupun sebab nak cucuk duit kat atm CIMB dalam universiti.

Nota bawah: Masa tingkatan 2 pon dah masuk universiti kejap. Main hoki kat USM Penang.

0 contengan:

Post a Comment