Pages

21 August 2009

Tulis wasiat.

Kung..keng..kung..keng..

Apih batuk batuk dah macam apa. Ngeri aku dengar. Dia yang baru sampai dari Kuala Lumpur kerana ada kursus sejak 4 hari lalu nampak lebih berisi.Makin 'sihat' semenjak kerja dengan Felda.

Memandangkan sudah lama tak jumpa, aku ajak dia ngeteh kat mapley sambil borak borak. Dia menolak, letih katanya. Panas badan. Batuknya masih berterusan sehingga dia tertidur atas katilku. Katanya esok dia akan ke hospital.

Aku terus sambung menulis laporan sementara Bob layan Discovery Turbo. Tertido sambil pen masih di tangan di sebelah Apih.

Petang tadi ketika di pejabat tiba tiba badan aku rasa panas. Degup jantung pulak lain macam dia punya melodi. Laju. Bos nak umum Ramadhan ni boleh balik awal ke?

Bzz..bzz.. (sms dari Apih)

Apih (5:10 PM):
Bu,kawe kna h1n1 thap ptama..kalu dmo deme gak,baik g spital cpt2

Me (5:11 PM):
Heh!kuarantin brapo ari?

Apih (5:15 PM):
2ari,thap ptama..

Nota bawah: Balik rumah aku terus isi borang wasiat Amanah Raya. Tercari cari medical card PruBSN.

2 contengan:

zattara said...

kawe sambung lagi 2 ari .cuti....25hb ni (esok) pi rawatan susulan plak kat Kuantan Specialist Hospital...

p/s:- boring dok rumah sorang2...makan nasik sorang2...buka poso sorang2...sahur sorang2...pergh..kacikkk

abOo said...

virus hok mu tinggl dumoh aku ni rasonyo mapuh blako doh kot..lebih 48 jam doh..=p

Post a Comment