Pages

29 September 2009

Moneypulasi

"Walaupun jalan kat depan dah luas terbentang, jangan harap dia nak lalu. Mesti mau ada secubit konspirasi, baru seronok dan menguja. Tempat tuju yang sama, tapi nak lalu jalan yang tak pernah diteroka. Suka manipulasi, sikit kau tahu, paling banyak kau dapat."

"erm..maksud pak cik?"

"Kau tengokla lelaki yang dah berjaya, orang paling kanan, mesti perempuan. Macam Tan Sri Teh taukeh Public Bank. Sementara semua masih dalam kawalan memang bagus, tapi kalau dibiarkan lama lama, jangan kan rugi, bankrap terus pon boleh. Bukan tak percaya lelaki, tapi macam aku cakap tadi lah."

"Ni kaki pakcik kenapa?tak pergi berubat?

Disedut dalam dalam rokok daun yang baru digulung sambil mata merenung jauh ke depan. Kusut.

"Dulu aku belajar kat US..dulu. Itu dulu. Kawan aku masih ramai kat sana, tak balik walaupun dah habis belajar, terus kerja sana. Raya lepas ada sorang balik, aku cam sangat dia. Itu pon balik sebab mak dia meninggal."

"Dia kerja dengan NASA, bahagian apa aku tak pasti. Tapi masa dia balik, ada pengawal jaga dia, macam ejen CIA. Orang macam dia kalau balik sini pon bukan ada kerja, pengetahuan dah terlampau jauh."

"Pakcik takde anak?kenapa tinggal sini?" Disedut sisa sisa terakhir gulungan tembakau dimulut sambil menolak rambut dreadlocknya ketepi. Membaiki pandangan untuk terus berkonspirasi. "

"Terpaksa lepak sini, ada jugak duit makan. Kau nak tahu satu rahsia negara?"

"Huh!?"

"Kau belikan aku Coke boleh? Setin cukuplah. Aku dahaga ni."

"Serentak itu terus aku bangun, ingin meninggalkan pakcik tu sendirian memanipulasi konspirasi. Menyambung kembali perjalanan aku yang terbantut.

"Oi!duit..!?" sambil menggesel gesel ibu jari dengan jari telunjuk. Perasan agaknya aku nak larikan diri. Aku hulur sekeping duit kalis air berwarna hijau.

"Haha..bol'shoe spasibo.."

Deras aku meninggalkan pakcik tu bertemankan tongkatnya disisi. Kaki kanannya berbalut dengan tapak kaki bernanah, sesekali dihinggapi lalat. Hampir terlupa yang aku kesini mencari lukisan untuk digantung di dinding bilik. Sempat ku lirik buku di sebelah mangkuk duitnya. “Tun Salleh Abas: Singa Di Bawah Takhta Dijerat”.

28 September 2009

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu
menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya
anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang
simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan
sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman
moden ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan
depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak
selamat ini...

#2: Kewangan Selamat (Finacially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya
anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai
simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.
Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai
yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu
mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung
pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di
tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda
untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!



Nota bawah : Ada lagi 2 makam yang lebih atas, nak lebih lanjut rujuk Irfan Khairi Blog

27 September 2009

Awek sombong.

Awek : Hi si sombong.

Aku : Haha, ayat takley blah =p

Awek : Asal plak??

Aku : Sombong!

Awek : Awak mmg sombong pun....ha3.....

Aku : Awak mmg sombong pun....hi3.....

Awek : Awak ar yg sombong....ha3..........

Aku : Awak ar yg sombong....hi3..........

...
..
.

*Senyap*

Merajuk la tu.

25 September 2009

Peludah perasaan.


Sekarang Atib dah tak ludah merata lagi, dah jarang dia ludah ke muka orang. Sudah dijumpainya bekas paling ngam untuk dijadikan tempat ludah perasaan.

Dulu semua tempat yang pernah disinggahi dijadikan lapangan ludah. Boleh dikatakan semua orang pernah kena. Rata rata tak kisah, malah bersimpati dengan tabiat yang menimpanya.

Siapa siapa yang pertama kali diludah akan memaafkannya, tetapi apabila ia berulang ulang, akan menimbulkan kemarahan dan betul betul membakar kesabaran. Ada juga sampai tercetus perbalahan kecil.

Segala macam jenis air ludah keluar dari mulut. Hampir semua bermodal sama, hijau pekat kekuningan dan berbaur hanyir.Pernah ludahnya tersasar dan terkena muka orang sebelah, panas juga memikirkan situasi ni. Siapa siapa yang berada disekelilingnya akan cepat bangun dan bertindak balas. Dimakinya sepuas hati. Namun Atib dah pasrah dengan keaadan tersebut.

Ah!cilake, perempuan tu memang suka meludah perasaan merata rata. Entah apa yang dia tak puas hati sangat. Sekarang dah agak senyap, mungkin dah dijumpai bekas yang paling sesuai untuk meludah. Seluruh umat patut berterima kasih kepada pemilik bekas tersebut.

23 September 2009

Beli belah di Pasar Siti Khadijah.


"Semua sekali RM45.70" Kata makcik yang menjual. Lalu aku hulur sekeping 50 ringgit. Aku angkat barang barang yang dibeli sementara menunggu duit baki.

Tiba tiba aku tengok makcik tu angkat bajunya dan seluk tangan ke dalam baju kurung dari bawah. Fuh! Berdebar juga. Gelang gelang emas di pangkal lengannya melurut turun ke siku.

"Huh!mana duit baki saya makcik?"

"Kejapler, nak ambik ni"

Makcik tu masih lagi terkial kial dengan tangan masih di dalam baju. Berat sangat emas kat tangan agaknya sampai susah nak hendel.

"Nah, duit baki!" Sambil makcik tersebut membetulkan semula bajunya yang sedikit herot.

Cerita ni tamat disini.

Nota bawah: Anak muda sekarang dah tak pakai bra yang ada poket rahsia ni. Tak stail kata diorang..eheh!

20 September 2009

SMS raya dari fanatik MANU.



Dalam banyak banyak sms raya yang aku terima, yang satu ni paling takleh blah. Kah kah.. Tengok, eja nama Ferguson pon salah.

SELAMAT HARI RAYA!

18 September 2009

Persediaan raya.


Tahun ni aku nak raya dengan semangat sikit sebab umur dah 25, umur 25 bukan 2 kali. Kueh raya rasanya dah cukup untuk bekalan sepanjang Syawal. Baju raya 2 tahun lepas muat lagi, seluar tak muat pon takpe, kain pelikat banyak.

Apa barang pakai baju melayu sepasang, macam budak darjah 3. Tak ngam lansung. Songkok pon tak perlulah, rambut baru trim ni. Harap baju raya dalam almari kat rumah abang aku tu ada lagi. Kalau lipas tak gigit baju tu mesti kat situ lagi tanpa cacat cela. Malas aku nak layan sangat nafsu beli belah ni, macam pompuan.

Cuma tiket balik je belum beli lagi, tapi takpe, yang tu boleh hendel.

Ok, ni ada pantun sikit..

Satu Syawal menjelma lagi,
Anak riang bermain bunga api,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi.

17 September 2009

Baru lepas gunting rambut.

Budak: (pandang pandang)

Aku : ...

Budak : (pandang sambil tersengih)

Aku: Kenapa?

Budak: Abang baru balik PLKN ke?

Aku : Hek!

16 September 2009

Puasa 16 jam.

Peh! Bazar ramadhan seksyen 20 boleh tahan gak ramai awek. Gerai pon banyak. Setengah jam jugakla aku nak kasi habis tawaf. Dari pembuka selera, pemberat perut sampailah ke pencuci mulut, semua ada. Lengkap.

Setengah jam tu hanya usha ala kadar saja, jeling jeling sombong. Kalau betul betul nak round, mau sampai masuk waktu berbuka,belum tentu habis. Aku pusing satu round je, tapau sata singgit, angkat beriani ayam pastu beli otak otak dua. Dah! Aku pon balik. Nafsu beli beli ni bukan boleh di layan sangat.

Sampai rumah kurang lebih 630 petang. Terus letak makanan tempat yang agak agak semut tak perasan. Basuh tangan ala kadar lalu aku merebahkan diri ke katil.

Sedapnya baring. Letihnya macam baru lepas daki Gunung Stong. Aku layan perasaan sampai terlayan tido. Tido petang sementara nak tunggu bukak posa ni memang ngam betul. Lazat rupanya tido masa ni.


Nota bawah : Hari tu aku bukak puasa pukul 9 malam. Macam puasa kat Peranchis.

14 September 2009

Mat Arih (bukan nama sebenar) semasa tak pergi kerja

Aku baru balik kerja.

Aku : Aik! mana roti malam tadi?

Mat Arih : Hee...

Aku : Heh!

12 September 2009

Noordin Mat Top

26 Ogos 2008

Seenyo Anselmo pada jam 9.22 ptg

Malaysia...????

negara asalnya NURDIN TANK TOP

kaaaaaaaaaaaaaaaaaammm????

Nota bawah: Sape pulak Nurdin Tank Top neh..

11 September 2009

Bangun lewat.

8.00 pagi

Hah! dah lewat..

Bangun, bukak peti ais, minum susu.

Sluuurrpp..

Pergi mandi..(rasa lain macam)

Lupa hari ni puasa!

10 September 2009

Bayar zakat secara sms




Sape yang belum bayar zakat fitrah lagi, konon takde masa nak pergi bayar...
Nah..sms saja!!

Bosan dan Kehidupan.

Kosong.

Hidup kau kosong, tiada apa yang nak diperjuangkan.

Semuanya tersedia dan kau pon gembira dengan apa yang ada.

Titik!

09 September 2009

Bruno berlumba kereta.

Sreeettt...kreeettt....bunyi tayar kereta Bruno bergeser dengan jalanraya ketika dia menekan brek secara mengejut. Keadaan jalan yang kering menyelamatkannya dari hilang kawalan dan terbabas ke longkang.

Bruno terus memecut laju mengejar kereta biru Bandi dan Cegho. Walaupon kereta mereka telah banyak diubahsuai berbanding keretanya yang stended, bruno tetap menyahut cabaran untuk berlumba. Apa yang penting baginya ketika itu adalah duit yang akan diperolehinya jika menang perlawanan tersebut.

Hanya tinggal satu pusingan lagi untuk menamatkan perlumbaan. Sampai di satu selekoh kelihatan Bandi dan Cegho memperlahankan kereta. Bruno menganbil tindakan yang sama dan membelok, folow baik punya. Dia menurunkan gear ke satu tahap yang lebih rendah untuk mendapatkan efek cengkaman tayar terhadap jalan.

Tiba tiba keretanya hilang kawalan. Stereng dah bergegar lain macam, terus keretanya meluncur laju lalu merempuh tiang lampu sebelum tersadar di tepi jalan dengan bonet yang terbang entah kemana. Bandi dan Cegho telah jauh memecut meninggalkannya, beberapa kereta di belakang juga mengambil peluang itu untuk memotong Bandi.

'Masa tamat! Sila masukkan token..'

"ah! cilake, kecelakaan pulak, duit pon dah habis."

Bruno bangun meninggalkan mesin permainan arked dan Bandi di sebelahnya masih cekap mengawal mendahului perlumbaan. Sambil berjalan keluar, ligat dia memikirkan bagaimana dengan bawang dan barang runcit lain yang dipesan emaknya tadi.

08 September 2009

Seekor sotong pulut.

''Bro yang ni hari ni punya ke? Kuah kering pekat,nampak macam semalam punya'' sambil tangan aku gaul gaul sotong pulut yang ada lagi 3 ekor yang besar.

''Eh tak!hari ni punya. Kuah dia memang pekat sikit''

Brader ni cuba main teka teki pulak. Tak perasan agaknya kelmarin aku dah beli sekor, tak macam ni gayanya. Aku tengok pon dah tau, tu semalam punya tak habis. Atau mungkin kelmarin yang dah dipanaskan semula. Sotong pon dah kering semacam. 85% aku letak keyakinan aku,tu semalam punya.

''Betul ke?''aku cuba menduga.

''Betul bang, hari ni punya''

Mata dia ke tempat lain, tak pandang aku. Berkelip kelip dua tiga kali dengan muka serba tak kena. Cis! keyakinan aku bahawa sotong tu semalam punya naik 90%.

''Bungkus nasi kerabu satu!''

''Sotong pulut sekor, ambik yang paling besar tu!''

Brader jual sotong pulut terketar ketar tangan semasa nak isi sotong ke dalam plastik. Takut, rasa bersalah atau mungkin gembira sebab berjaya yakinkan aku dengan tipu helah dia. Dari riak mukanya nampak jelas jiwanya tengah kecamuk.

Malamnya, aku makan sotong je, pulut kat dalam dah kekuningan dan keras. 100%!

Nota bawah: Sebuah penipuan kecil kecilan di bulan Ramadhan yang berharga RM2.50.

06 September 2009

Nasi Ayam Azizah.

Di gerai nasi ayam Azizah.

Penjual (Azizah kot) : Ya adik, nak beli apa?

Aku : ...

Penjual : Nak beli apa ya?

Aku : Beriani kambing satu!

Penjual : Hee..


Macamla gerai dia ada jual nasi kerabu daging bakar.

04 September 2009

Mendaki Bukit Jepun.


Dari atas bukit kelihatan jelas pemandangan seluruh kampung dari hilir Dabong hingga ke tepi masjid berdekatan Sungai Galas. Inilah pemandangan yang diabadikan sebagai muka depan majalah sekolah menengah abang aku edisi 1994. Tumbuhan dan bukit bukau yang menghijau menyegarkan mata memandang,udara yang segar meluaskan paru paru yang menyedut. Bebas dan terasa lapang.

Nun jauh ke arah barat daya, kelihatan Gunung Stong air terjun dengan ketinggian 1422 meter, tertinggi di Asia tenggara. Di sebelahnya terpacak susunan Gunung Ayam, Gunung Saji berangkai rangkai dengan gunung gunung yang lain.

Tambah menarik apabila tepat jam 11.20 pagi, keretapi ekspres timuran 2 dari hujung Kelantan,Tumpat ke Singapura melalui jambatan yang terletak bersebelahan Bukit Jepun. Lengkap sekali panorama ini.

Pernah kuajukan kepada rakan rakan mengapa bukit ini dinamakan sedemikian , respon yang kuterima semuanya berlainan. Paling ku ingat;konon tempat ini pernah dijadikan tempat askar jepun meninjau keadaan musuh memandangkan secara geografinya terletak di hujung pekan dan paling tinggi. Jambatan keretapi ini dikatakan menyamai struktur binaan jambatan yang terdapat di Kanchanaburi dan bahagian Thailand yang lain yang dulunya dibina oleh buruh paksa tentera Jepun.

Versi ini dikuatkan lagi dengan penemuan hantu askar jepun yang berbaris, semuanya tanpa kepala, yang pernah diceritakan Hilmi anak Pok Nal rakan sekelasku. Ceritanya bersungguh sungguh dan meyakinkan. Derap derap askar jepun tak berkepala berkawad di bukit ketika melalui jambatan keretapi terngiang ngiang di telingaku hingga kini: begitulah betapa berkesannya cerita Hilmi.

Kerana itu juga, walau telah banyak kali ku tawan bukit ini, tidak sekalipun pernah ku nikmati pemandangan matahari terbenam dari sudut ini. Apabila senja, iblis syaitan berleluasa. Mungkin juga pada saat itu, hantu askar jepun yang tak berkepala mula menyusun baris dan berkawad menuruni bukit.

Mana mungkin ada yang berani menidakkan fakta ini. Helmi yang setiap waktu berkopiah, anak kepada Ustaz Anuar Musyoddad pon belum tentu berani menyahut cabaran menikmati matahari terbenam di bukit jepun.

Nota bawah: Ingat pesanku kawan, jangan main main dengan hantu askar jepun bersamurai!

03 September 2009

Sebungkus nasi kerabu.

Pakcik Pierre-Jean de Béranger,1780–1857


Pakcik Jakob Ludwig Felix Mendelssohn Bartholdy,1809–1847

Pakcik Rudy Van Dalm,


Ku tenung tajam cicak yang kaku tak bergerak disudut atas siling ruang empat segiku. Ku gerak gerakkan kaki untuk menghasilkan bunyi agar cicak yang sombong itu ketakutan dan beredar dari mata dan fikiranku.

Jengkel. Lansung tiada respon positif dari perlakuanku tadi.

'Cis!cicak ego. Kurang ajar betul'

Aku terus berbaring tanpa mempedulikan cicak tersebut. Membuat kira kira tentang masa depan. Raya dah nak dekat, bermakna ramadhan akan berlalu. Tapi lembar kalendar tetap tak boleh di koyak. Ini yang leceh pakai kalendar ada gambar kuda lumba. Tak selari dengan bulan puasa.

Sepanjang berbuka puasa di Shah Alam, belum pernah aku rasa nasi kerabu yang paling nasi kerabu. Semuanya menipu. Penat juga memikirkan hala tuju perindustrian nasi kerabu di Malaysia. Apa nak jadi.

Aku sungguh kecewa dan merasa tertipu dengan penjual nasi kerabu di bazar ramadhan.

Kubiarkan minda terus melayang, merencana masa depan. Volume winamp ku kuatkan sedikit agar lagu Mamula Moon (1940) mengatasi bunyi mercun yang berdentum dentum.

Posisiku masih lagi berbaring, memandang tegak ke siling. Jangan risau kawan, mendengar Mamula Moon tak perlu berdiri tegak walaupun lagu ini menyerupai lagu Negaraku (1956) dari segi melodi.

Kutinggalkan jauh cicak yang ego dan nasi kerabu yang tak berapa nasi kerabu.

Lagu ini sungguh menenangkan. Setenang Terang Bulan (1930s).


Negaraku sebenarnya bukan diciplak. Namun terdapat kontroversi tentang asal-usulnya. Lagu yang dimainkan di gazebo di Seychelles bernama "La Rosalie", kemudian menjadi 'Terang Bulan' atawa lagu Setambul yang dipertikaikan samada keroncong Jawa atawa lagu Melayu Malaya, kemudian lagi menjadi lagu kebesaran Perak 'Allah Selamatkan Sultan', dan kemudian lagu kebangsaan Malaya/Malaysia 'Negaraku'.

Di muzium muzik Perancis di Paris, saya pernah bertanyakan mengenai ‘La Rosalie’ tetapi tiada yang boleh membantu mengesahkan iramanya. Saya pernah mencadangkan melalui tulisan kepada pihak atasan pada tahun 1993 untuk dicipta lagu kita sendiri dan bukan sebarang lagu yang dipertikai milikannya. Tiada hasil selain mantan PM mengubah sedikit rentak kelajuannya dari “slow march” yang pernah diperlikan oleh mantan Dubes Republik Indonesia di Kuala Lumpur pra-Konfrontasi Djatikusumo.

YM Datuk Syed Danial Syed Ahmad, MCOBA.

Kueh raya dan kemalangan jalan raya.

Kueh raya..
Krup..krup..
Kemalangan jalan raya..
Prak..prak..










02 September 2009

Setan di bulan puasa.


Lokasi kejadian: Kuantan specialist hospital.



Nota bawah: Paling dajjal skali setan merah. Pose pose pon tak kena ikat. Kena tembak meriam pon susah nak mati.