Pages

09 September 2009

Bruno berlumba kereta.

Sreeettt...kreeettt....bunyi tayar kereta Bruno bergeser dengan jalanraya ketika dia menekan brek secara mengejut. Keadaan jalan yang kering menyelamatkannya dari hilang kawalan dan terbabas ke longkang.

Bruno terus memecut laju mengejar kereta biru Bandi dan Cegho. Walaupon kereta mereka telah banyak diubahsuai berbanding keretanya yang stended, bruno tetap menyahut cabaran untuk berlumba. Apa yang penting baginya ketika itu adalah duit yang akan diperolehinya jika menang perlawanan tersebut.

Hanya tinggal satu pusingan lagi untuk menamatkan perlumbaan. Sampai di satu selekoh kelihatan Bandi dan Cegho memperlahankan kereta. Bruno menganbil tindakan yang sama dan membelok, folow baik punya. Dia menurunkan gear ke satu tahap yang lebih rendah untuk mendapatkan efek cengkaman tayar terhadap jalan.

Tiba tiba keretanya hilang kawalan. Stereng dah bergegar lain macam, terus keretanya meluncur laju lalu merempuh tiang lampu sebelum tersadar di tepi jalan dengan bonet yang terbang entah kemana. Bandi dan Cegho telah jauh memecut meninggalkannya, beberapa kereta di belakang juga mengambil peluang itu untuk memotong Bandi.

'Masa tamat! Sila masukkan token..'

"ah! cilake, kecelakaan pulak, duit pon dah habis."

Bruno bangun meninggalkan mesin permainan arked dan Bandi di sebelahnya masih cekap mengawal mendahului perlumbaan. Sambil berjalan keluar, ligat dia memikirkan bagaimana dengan bawang dan barang runcit lain yang dipesan emaknya tadi.

0 contengan:

Post a Comment