Pages

29 September 2009

Moneypulasi

"Walaupun jalan kat depan dah luas terbentang, jangan harap dia nak lalu. Mesti mau ada secubit konspirasi, baru seronok dan menguja. Tempat tuju yang sama, tapi nak lalu jalan yang tak pernah diteroka. Suka manipulasi, sikit kau tahu, paling banyak kau dapat."

"erm..maksud pak cik?"

"Kau tengokla lelaki yang dah berjaya, orang paling kanan, mesti perempuan. Macam Tan Sri Teh taukeh Public Bank. Sementara semua masih dalam kawalan memang bagus, tapi kalau dibiarkan lama lama, jangan kan rugi, bankrap terus pon boleh. Bukan tak percaya lelaki, tapi macam aku cakap tadi lah."

"Ni kaki pakcik kenapa?tak pergi berubat?

Disedut dalam dalam rokok daun yang baru digulung sambil mata merenung jauh ke depan. Kusut.

"Dulu aku belajar kat US..dulu. Itu dulu. Kawan aku masih ramai kat sana, tak balik walaupun dah habis belajar, terus kerja sana. Raya lepas ada sorang balik, aku cam sangat dia. Itu pon balik sebab mak dia meninggal."

"Dia kerja dengan NASA, bahagian apa aku tak pasti. Tapi masa dia balik, ada pengawal jaga dia, macam ejen CIA. Orang macam dia kalau balik sini pon bukan ada kerja, pengetahuan dah terlampau jauh."

"Pakcik takde anak?kenapa tinggal sini?" Disedut sisa sisa terakhir gulungan tembakau dimulut sambil menolak rambut dreadlocknya ketepi. Membaiki pandangan untuk terus berkonspirasi. "

"Terpaksa lepak sini, ada jugak duit makan. Kau nak tahu satu rahsia negara?"

"Huh!?"

"Kau belikan aku Coke boleh? Setin cukuplah. Aku dahaga ni."

"Serentak itu terus aku bangun, ingin meninggalkan pakcik tu sendirian memanipulasi konspirasi. Menyambung kembali perjalanan aku yang terbantut.

"Oi!duit..!?" sambil menggesel gesel ibu jari dengan jari telunjuk. Perasan agaknya aku nak larikan diri. Aku hulur sekeping duit kalis air berwarna hijau.

"Haha..bol'shoe spasibo.."

Deras aku meninggalkan pakcik tu bertemankan tongkatnya disisi. Kaki kanannya berbalut dengan tapak kaki bernanah, sesekali dihinggapi lalat. Hampir terlupa yang aku kesini mencari lukisan untuk digantung di dinding bilik. Sempat ku lirik buku di sebelah mangkuk duitnya. “Tun Salleh Abas: Singa Di Bawah Takhta Dijerat”.

0 contengan:

Post a Comment