Pages

16 September 2009

Puasa 16 jam.

Peh! Bazar ramadhan seksyen 20 boleh tahan gak ramai awek. Gerai pon banyak. Setengah jam jugakla aku nak kasi habis tawaf. Dari pembuka selera, pemberat perut sampailah ke pencuci mulut, semua ada. Lengkap.

Setengah jam tu hanya usha ala kadar saja, jeling jeling sombong. Kalau betul betul nak round, mau sampai masuk waktu berbuka,belum tentu habis. Aku pusing satu round je, tapau sata singgit, angkat beriani ayam pastu beli otak otak dua. Dah! Aku pon balik. Nafsu beli beli ni bukan boleh di layan sangat.

Sampai rumah kurang lebih 630 petang. Terus letak makanan tempat yang agak agak semut tak perasan. Basuh tangan ala kadar lalu aku merebahkan diri ke katil.

Sedapnya baring. Letihnya macam baru lepas daki Gunung Stong. Aku layan perasaan sampai terlayan tido. Tido petang sementara nak tunggu bukak posa ni memang ngam betul. Lazat rupanya tido masa ni.


Nota bawah : Hari tu aku bukak puasa pukul 9 malam. Macam puasa kat Peranchis.

3 contengan:

nizamsani said...

Warak sangat ni.hehe.

terompahkayu said...

btol bro. tido time bebuka lain macam dia punyer penangan hahah

abOo said...

biasakan diri. nanti nak pose kat kutub takde la masalah sangat. kes kes

Post a Comment