Pages

03 September 2009

Sebungkus nasi kerabu.

Pakcik Pierre-Jean de Béranger,1780–1857


Pakcik Jakob Ludwig Felix Mendelssohn Bartholdy,1809–1847

Pakcik Rudy Van Dalm,


Ku tenung tajam cicak yang kaku tak bergerak disudut atas siling ruang empat segiku. Ku gerak gerakkan kaki untuk menghasilkan bunyi agar cicak yang sombong itu ketakutan dan beredar dari mata dan fikiranku.

Jengkel. Lansung tiada respon positif dari perlakuanku tadi.

'Cis!cicak ego. Kurang ajar betul'

Aku terus berbaring tanpa mempedulikan cicak tersebut. Membuat kira kira tentang masa depan. Raya dah nak dekat, bermakna ramadhan akan berlalu. Tapi lembar kalendar tetap tak boleh di koyak. Ini yang leceh pakai kalendar ada gambar kuda lumba. Tak selari dengan bulan puasa.

Sepanjang berbuka puasa di Shah Alam, belum pernah aku rasa nasi kerabu yang paling nasi kerabu. Semuanya menipu. Penat juga memikirkan hala tuju perindustrian nasi kerabu di Malaysia. Apa nak jadi.

Aku sungguh kecewa dan merasa tertipu dengan penjual nasi kerabu di bazar ramadhan.

Kubiarkan minda terus melayang, merencana masa depan. Volume winamp ku kuatkan sedikit agar lagu Mamula Moon (1940) mengatasi bunyi mercun yang berdentum dentum.

Posisiku masih lagi berbaring, memandang tegak ke siling. Jangan risau kawan, mendengar Mamula Moon tak perlu berdiri tegak walaupun lagu ini menyerupai lagu Negaraku (1956) dari segi melodi.

Kutinggalkan jauh cicak yang ego dan nasi kerabu yang tak berapa nasi kerabu.

Lagu ini sungguh menenangkan. Setenang Terang Bulan (1930s).


Negaraku sebenarnya bukan diciplak. Namun terdapat kontroversi tentang asal-usulnya. Lagu yang dimainkan di gazebo di Seychelles bernama "La Rosalie", kemudian menjadi 'Terang Bulan' atawa lagu Setambul yang dipertikaikan samada keroncong Jawa atawa lagu Melayu Malaya, kemudian lagi menjadi lagu kebesaran Perak 'Allah Selamatkan Sultan', dan kemudian lagu kebangsaan Malaya/Malaysia 'Negaraku'.

Di muzium muzik Perancis di Paris, saya pernah bertanyakan mengenai ‘La Rosalie’ tetapi tiada yang boleh membantu mengesahkan iramanya. Saya pernah mencadangkan melalui tulisan kepada pihak atasan pada tahun 1993 untuk dicipta lagu kita sendiri dan bukan sebarang lagu yang dipertikai milikannya. Tiada hasil selain mantan PM mengubah sedikit rentak kelajuannya dari “slow march” yang pernah diperlikan oleh mantan Dubes Republik Indonesia di Kuala Lumpur pra-Konfrontasi Djatikusumo.

YM Datuk Syed Danial Syed Ahmad, MCOBA.

0 contengan:

Post a Comment