Pages

08 September 2009

Seekor sotong pulut.

''Bro yang ni hari ni punya ke? Kuah kering pekat,nampak macam semalam punya'' sambil tangan aku gaul gaul sotong pulut yang ada lagi 3 ekor yang besar.

''Eh tak!hari ni punya. Kuah dia memang pekat sikit''

Brader ni cuba main teka teki pulak. Tak perasan agaknya kelmarin aku dah beli sekor, tak macam ni gayanya. Aku tengok pon dah tau, tu semalam punya tak habis. Atau mungkin kelmarin yang dah dipanaskan semula. Sotong pon dah kering semacam. 85% aku letak keyakinan aku,tu semalam punya.

''Betul ke?''aku cuba menduga.

''Betul bang, hari ni punya''

Mata dia ke tempat lain, tak pandang aku. Berkelip kelip dua tiga kali dengan muka serba tak kena. Cis! keyakinan aku bahawa sotong tu semalam punya naik 90%.

''Bungkus nasi kerabu satu!''

''Sotong pulut sekor, ambik yang paling besar tu!''

Brader jual sotong pulut terketar ketar tangan semasa nak isi sotong ke dalam plastik. Takut, rasa bersalah atau mungkin gembira sebab berjaya yakinkan aku dengan tipu helah dia. Dari riak mukanya nampak jelas jiwanya tengah kecamuk.

Malamnya, aku makan sotong je, pulut kat dalam dah kekuningan dan keras. 100%!

Nota bawah: Sebuah penipuan kecil kecilan di bulan Ramadhan yang berharga RM2.50.

3 contengan:

nizamsani said...

sotong pulut tu,macam mana rupanya?

hanieliza said...

Salam..
dah lama kkliza teringin nak buat sotong pulut atau ketupat sotong ni tapi asik bertangguh jer..
nampak gaya kena buat gaklah....

En. Nizamsani..sotong pulut tu dikenali ngan nama ketupat sotong di terengganu.. boleh tenguk di sini.. http://hanieliza.blogspot.com/2008/03/ketupat-sotong.html

abOo said...

yeah..ketupat sotong, sotong sumbat pulut,sotong pulut..

bila la dapat rasa ketupat sotong Kak Liza ya..=)

Post a Comment