Pages

29 October 2009

Jimmy belanja makan.

'Abu..!Nanti tengah hari saya belanja makan.'

'Orait, tapi kenapa tiba tiba?'

'Saya menang nombor semalam, mesti belanja la kawan kawan.'

'emmm..!?'

'U jangan risau, itu restoran halal punya!'

28 October 2009

Angkatan Jahanam.

Inglorious Basterds.

Hari Sabtu lepas aku tak tahu nak kemana, mati kutu kat rumah. Nak basuh baju takde semangat, sapu sapu kemas rumah lagi la takde selera.

Tiba tiba aku mendapat idea nak tengok wayang. Aku usha cerita terbaru, tengok apa apa yang patut nak di layan yang belum dilayan.

Lepas makan, terus gerak pergi rumah Matju ngan Payih. Pastu terus menuju ke Tropicana Mall City. Mall baru katanya Matju, tak ramai orang tahu lagi.

Sampai je terus beli tiket, tempat duduk agak terkedepan, belakang belakang semua dah habis licin. Dah sampai lewat dari orang lain. Tak bolehla nak mengamuk tak tentu pasal, lambat buat cara lambat.

Boleh tahan lama juga cerita ni, dekat 3 jam jugala. Mula mula tengok poster macam cerita perang, tapi adegan letup letup rasanya ada 3 je. Tembak tembak ada 5. Lain semua cakap cakap.

Kami tonton cerita ni sampai habis. Adegan letup yang akhir tu paling kuat, sesuai la ngan ending cerita. Klimaks orang kata. Masa tu dah dekat pukul 12 malam.

Layan juga cerita ni. Walaupon banyak cakap cakap, senang faham sebab ada subtitle. Lepas tengok, masing masing buat kesimpulan, kritikan, cadangan dan segala yang tak puas hati keluar.

Hitler sebenarnya ada anak.. bla..bla..blah.

Cerita propaganda Yahudi..bla..bla..blah.

Shosanne boleh tahan cantik..bla..bla..blah.

Tak logik, tipu..bla..bla..blah.


Tiba tiba Payih;


'KAU INGAT KITA PARKING KERETA KAT MANA!?'

Persoalan yang tak dapat dijawap, tetapi jawapannya boleh dicari.


Nota bawah : Nasib baik Matju ada chemistry ngan satria neo dia. Takde la cari kereta sampai ke subuh.

25 October 2009

Aiskrim polipom.

Masa darjah dua, selalu juga main laga biji getah. Walaupon dah lama tak main, skil lama masih ada. Kalau tengok biji getah boleh cam mana yang kuat dengan yang kulit nipis. Tengok corak belang dan tetulang kat biji dah tahu, jenis harimau, belang taro, antara nama nama champion.

Paling legend, biji getah warna hitam kemerahan, pastu isi dalam dah dibuang. Ganti dengan timah. Memang A. Hentak pakai kaki pon tak pecah.

Sekarang bila dah kerja ni takde masa lagi nak laga laga biji getah. Lagipon mana nak cari pokok getah kat rumah sewa aku sekarang. Layan bukumuka lagi seronok.

................


Pada suatu hari, sedang aku asyik bertarung, tiba tiba abang aku ajak pergi kedai. Leceh betul, nasib baik dia cakap nak beli aiskrim polipom. Berat hati juga nak tinggal arena, dahla tengah leading. Kalau dia cakap nak pergi beli bawang putih, budu, asam jawa ke, jangan harap aku nak ikut.


'Aku jumpa duit 20 sen, jom pergi beli aiskrim pom.' Abang nombor 2 aku memujuk.

Letih main tadi tak hilang lagi, dengan berpeluh, bau getah, pekena aiskrim di tengah cuaca panas camni memang terbaek.

Tanpa fikir panjang, kami sama sama menapak ke kedai, lintas rel ketapi. Sesampai di kedai terus tuju peti aiskrim. Abang aku yang lebih tinggi sedikit dari aku takde masalah nak usha aiskrim. Aku pon usha juga,tapi terpaksa jengket sket.

Aku pandang abang aku yang masih diam berfikir sambil mata terus liar melilau dalam peti aiskrim. Tiba tiba aku rasa tak sedap hati. Macam ada benda tak elok akan terjadi. Lain macam dia punya debar.

'Kak, nak aiskrim potong yang 20 sen tu!' Kata abang aku yang tiba tiba lupa daratan.

Aku dah gelabah, tadi cakap nak beli polipom. Kelabu mata tengok aiskrim mahal agaknya. Hangin juga. Mana puas kongsi camni.

Tapi nasib baik aku pandai hendel situasi. Masa tu aku dah tak ingat pesan ustaz masa kelas fardhu ain. Pesan Umi pon aku tolak ketepi. Aku panik.

'Kak, duit saya jatuh dalam..20 sen!' Aku buat muka kesian sambil sebelah tangan pegang peti dan tangan 1 lagi tunjuk ke bahagian paling bawah dengan kaki masih menjengket. Efek muka letih main tadi sedikit sebanyak membantu juga.

Setelah dia belek ala kadar, tak jumpa (cari sampai esok pon takkan jumpa!).

Akhirnya akak tu bagi 2 aiskrim polipom, aku patahkan jadi 4.

Pekena polipom di tengah hari yang panas terik.

Percuma pula tu.

Peh, memang heaven.


Nota bawah: Raya tahun tu buat pertama kalinya aku beraya di rumah tuan kedai. Minta maaf zahir batin, halal makan dan minum.

22 October 2009

Solat jumaat.


Rakaat kedua.

Saf depan : ' Aku bukanlah superman..aku juga bisa nangis..!!~' Lucky laki.

Saf belakang : ' Ibu ibu, bapak bapak, siapa yang punya anak bilang aku, kasihani aku..!!~ ' Wali band.

Cis..Tak reti reti nak silent telefon masa solat.

Karate kang.

20 October 2009

Pengganti - hikmat klon Naruto.

Serabut betul minggu ni, keje banyak, jemputan kenduri kahwen bersepah nak kena pergi. Nak releks dah takde masa. Diri sendiri pon tak sempat nak urus ni.

Terfikir juga nak pakai pengganti macam cerita Surrogates. Kan bagus kalau ada 10 orang Abu.

'Kage bunshin non jutsuu..!!'

puff..!!

Berterabur Abu kat dalam bilik aku. Ada 10 orang termasuk aku.

Aku dah mula kira kira. 2 orang nak suruh pergi kerja cari duit, 2 orang tuk bersosial dan memenuhi undangan walimatul urus. Abu yang kelima nak suruh setelkan projek rahsia. Sorang nak suruh jalan jalan tangkap gambar sambil bercuti. Sorang aku nak suruh balik kampung, Abu lagi sorang tu nak suruh dia kemas rumah dan basuh baju. Lagi sorang nak suruh mencari cinta.

Aku nak rehat rehat je, bersenang lenang layan astro.

Tapi cilake,belum sempat aku bagi arahan, semua Abu dah tido.

Heh,tak guna juga rupanya ada ramai.

Kalau semua takleh pakai.

17 October 2009

Projek rahsia serampang 42 mata.

Saat ini dah beberapa hari projek rahsia aku bermula. Draf awal aku dah tampal kat dinding, harap nanti bila dah siap terus hantar untuk dapatkan kelulusan dari mamanda menteri perdana. Semoga tiada dilengahkan oleh karenah birokrasi yang demokerasi.

16 October 2009

Makan garam.

'Patutla orang orang tua ramai kena darah tinggi.

Diorang kan makan garam dulu berbanding kita.'

13 October 2009

Ini bukan soalan kuiz.

Jangan buat kalau tak tahu, pergi belajar dahulu dan tanya hanya jika kau dah tahu tetapi sedikit ragu.


Kadang kadang aku tak tahu apa nak dibuat, tetapi aku tahu apa yang tak boleh dibuat.

Selalunya kalau dibelek apa apa manual mesin, terutama yang membabitkan elektrik 3 phase, akan ada peringatan 'Tanya jika ragu ragu' dan bukannya 'Tanya jika tak tahu'.

Pembuat mesin beranggapan kita kompeten, dan hanya ragu ragu tentang satu satu sambungan misalnya, bukannya lansung tak tahu dan berpura pura tahu kemudian ragu ragu. Awas jika kau ragu ragu sama ada kau tahu atau tidak kerana itu tandanya kau tak tahu.

Di laman web, blog pula ditulis 'sebarang keraguan sila hubungi..' bukannya sebarang ketaktahuan.

Berbalik kepada idea asal, ia juga terpakai untuk menilai dan membuat keputusan dalam hidup seharian. Berada dalam situasi yang tak pernah dilalui, tentu susah nak hendel.

Berfikir dari sudut negatif kadang kadang lebih memudahkan. Jika tak tahu apa nak dibuat, fikirlah apa yang tak boleh dibuat supaya segala yang dilakukan tak nampak janggal dan yang penting tidak memudaratkan siapa siapa terutama diri sendiri. Kerana hidup bukan macam jawap soalan kuiz.

Atau kau cakap saja, 'aku tak tahu dan aku malas nak ambil tahu' setel! Kau memang pemalas, macam aku.

Kerana peraturannya; jangan buat kalau tak tahu, pergi belajar dahulu dan tanya hanya jika kau dah tahu tetapi sedikit ragu.

10 October 2009

Rantaian kebodohan.

Kini bandi gembira kerana dia tidak bodoh, malah telah berjaya memperbodohkan manusia bodoh lain. Ya, dia memang bijak.

Ketika dibacanya emel yang panjang dan penuh dengan alamat emel yang pelbagai entah dari siapa siapa, matanya terkebil kebil.

Emel yang semacam MLM kecil kecilan ini ternyata mampu mengaburi mata manusia dengan janji manis atau ayat ayat rayuan di baris baris terakhir. Bagi yang kurang wang, terpedaya oleh janji duit berjuta, kereta mewah, rumah istana. Yang banyak dosa,terasa nak berbuat kebajikan dan terfikir fikir pasal pahala.

Mudah, hanya majukan emel kepada 7 orang rakan anda atau sesiapa saja, segalanya akan menjadi milik anda. Anda tak rugi, hanya 1 minit masa diperlukan! Begitulah betapa berpengaruhnya sistem piramid.

Emel yang asal telah bandi ubahsuai menjadi pelan yang lebih menarik, tak tertolak oleh sesiapa yang membacanya. Bukan 1, malah 3. Wah!bandi sungguh bijak memperbodohkan orang lain.

Nota bawah: Setelah anda baca entri ini, hendaklah di cetak sebanyak 30 helai dan ditampal di perhentian bas ataupun majukan kepada 30 kawan anda melalui emel dalam masa 7 hari. Jika anda mengabaikan entri ini, anda akan mendapat kecelakaan dalam hidup.

Status berantai..

04 October 2009

Lembu Husin Misai Merah.


Tompokan tahi lembu bertaburan di atas jalan raya. Ada yang telah kering keras tak kurang yang masih panas berwap wap. Keadaan ini amat biasa dan suatu yang rutin dilihat di sepanjang jalan pintu pagar hadapan sekolah.

Bertentangan pintu gerbang sekolah, tersergam kandang lembu Husin Misai Merah. Angkuh sekali, seolah cuba mencabar sistem pendidikan negara melalui metafora yang sama sekali bermaksud menghina dan merendahkan institusi tersebut semartabat lembu lembunya yang berak bergelimpangan.

Di sebelah petang pula, dibakarnya tahi tahi lembu yang sempat dikumpul atas tanah yang digali semacam kawah. Berkepul kepul asap memasuki perkarangan sekolah dan kelas. Nak belajar fardhu ain pon dah takde mood. Hinggakan ustaz pon layan tido.

Menghalau nyamuk katanya. Amat susah berurusan dengan pemgembala lembu yang tak pernah bersekolah tetapi tinggal ditepi bangunan sekolah. Tiada lansung toleransi. Apa dia fikir cikgu cikgu dan kami semua macam lembu lembunya?mengiakan segala katanya dan rela hidung dicucuk, diheret kesana kemari dan ditambat di padang ragut.

01 October 2009

Pengalaman jual burger.

Pemandangan biasa. Biasakah anda melihat pemandangan ini?

Banyak juga hasil jualan hari ni. Duit 50 je dah berapa tebal aku ikat. Setebal 2 kamus dewan. bayar muka kereta pon boleh ni. Dah setel ikat, aku sumbat dalam beg kertas burger. Kasi penyamaran, kalu orang nampak aku bawak ni takdela dia ingat ada duit dalam ni. Boleh pergi bank dengan tenang dan senang.

Lainla kalu ada orang kebulur rampas beg ni sebab nak makan ingatkan aku bawak burger. Tapi orang miskin kebulur lagi mulia dari perompak. Takdenya dia nak rampas beg ni walau sekebulur mana.

Tangan yang tadi berbau daging burger dah berbau duit pula. Hijau daun lettuce nampak macam duit RM50, merah cili jadi RM10! Memang kalau aku tak fikir masa depan perniagaan, dah lama aku beli kereta sebiji wat balik kampung.

"Woi! Lokman.. aku nak gerak ni. Bank in duit jap. Kau pergi jaga dining, orang tengai ramai tu" Lokman diam membisu, kadang kadang tersenyum menampakkan gigi rongaknya.

"hik..hik..seronok..duaronok..tigaronok..hikhik..limariburonok..beronok ronok seronok aku, banyaknya!" Lok tersadai tepi sinki, asap berkepul kepul. Mata merah.

"Banyakla kau punya seronok, lalok lagi. Time orang tengah ramai ni la kau nak layan..belajar malas, kerja malas, rajin betul kau malas" Aku terus pergi basuh tangan guna hand sanitizer, menapak cari bank cap harimau.

Lambat nanti marah pulak Ariel Sharon. Orang cakap burger yang aku jual ni kena bayar komisen kat Israel. Aku pon tak tahu, kalau betul nak boikot baik halang terus dari bukak kat malaysia. Ni tak, segala macam Israel ada kat sini, dari kopi, ubat gigi, pencuci muka, seluar dalam, semua ada. Pemerintah juga yang bagi masuk.

Bendera Israel yang berkibar kat PWTC tu sape nak jawap? Apa cerita..kan Malaysia tak iktiraf israel sebagai sebuah negara. Pemerintah pon satu macam. Pening juga orang biasa biasa macam aku nak fikir masalah negara.

Aku cabut sekeping RM50 dari ikatan, pekena Pumpkin Spice Frappucino Starbucks. Tengok awek lalu lalang sambil tunggu orang tak ramai dalam bank. Rasa macam kopi radix, tapi apsal tah sampai RM20 secawan. Memang Zionis betul.


Nota bawah : Belajar mencari kebahagiaan sendiri, sebab untuk mengharapkan pemerintah memberi kita kebahagiaan agak sedikit besar risikonya ~ Andrea Hirata.