Pages

25 October 2009

Aiskrim polipom.

Masa darjah dua, selalu juga main laga biji getah. Walaupon dah lama tak main, skil lama masih ada. Kalau tengok biji getah boleh cam mana yang kuat dengan yang kulit nipis. Tengok corak belang dan tetulang kat biji dah tahu, jenis harimau, belang taro, antara nama nama champion.

Paling legend, biji getah warna hitam kemerahan, pastu isi dalam dah dibuang. Ganti dengan timah. Memang A. Hentak pakai kaki pon tak pecah.

Sekarang bila dah kerja ni takde masa lagi nak laga laga biji getah. Lagipon mana nak cari pokok getah kat rumah sewa aku sekarang. Layan bukumuka lagi seronok.

................


Pada suatu hari, sedang aku asyik bertarung, tiba tiba abang aku ajak pergi kedai. Leceh betul, nasib baik dia cakap nak beli aiskrim polipom. Berat hati juga nak tinggal arena, dahla tengah leading. Kalau dia cakap nak pergi beli bawang putih, budu, asam jawa ke, jangan harap aku nak ikut.


'Aku jumpa duit 20 sen, jom pergi beli aiskrim pom.' Abang nombor 2 aku memujuk.

Letih main tadi tak hilang lagi, dengan berpeluh, bau getah, pekena aiskrim di tengah cuaca panas camni memang terbaek.

Tanpa fikir panjang, kami sama sama menapak ke kedai, lintas rel ketapi. Sesampai di kedai terus tuju peti aiskrim. Abang aku yang lebih tinggi sedikit dari aku takde masalah nak usha aiskrim. Aku pon usha juga,tapi terpaksa jengket sket.

Aku pandang abang aku yang masih diam berfikir sambil mata terus liar melilau dalam peti aiskrim. Tiba tiba aku rasa tak sedap hati. Macam ada benda tak elok akan terjadi. Lain macam dia punya debar.

'Kak, nak aiskrim potong yang 20 sen tu!' Kata abang aku yang tiba tiba lupa daratan.

Aku dah gelabah, tadi cakap nak beli polipom. Kelabu mata tengok aiskrim mahal agaknya. Hangin juga. Mana puas kongsi camni.

Tapi nasib baik aku pandai hendel situasi. Masa tu aku dah tak ingat pesan ustaz masa kelas fardhu ain. Pesan Umi pon aku tolak ketepi. Aku panik.

'Kak, duit saya jatuh dalam..20 sen!' Aku buat muka kesian sambil sebelah tangan pegang peti dan tangan 1 lagi tunjuk ke bahagian paling bawah dengan kaki masih menjengket. Efek muka letih main tadi sedikit sebanyak membantu juga.

Setelah dia belek ala kadar, tak jumpa (cari sampai esok pon takkan jumpa!).

Akhirnya akak tu bagi 2 aiskrim polipom, aku patahkan jadi 4.

Pekena polipom di tengah hari yang panas terik.

Percuma pula tu.

Peh, memang heaven.


Nota bawah: Raya tahun tu buat pertama kalinya aku beraya di rumah tuan kedai. Minta maaf zahir batin, halal makan dan minum.

0 contengan:

Post a Comment