Pages

28 October 2009

Angkatan Jahanam.

Inglorious Basterds.

Hari Sabtu lepas aku tak tahu nak kemana, mati kutu kat rumah. Nak basuh baju takde semangat, sapu sapu kemas rumah lagi la takde selera.

Tiba tiba aku mendapat idea nak tengok wayang. Aku usha cerita terbaru, tengok apa apa yang patut nak di layan yang belum dilayan.

Lepas makan, terus gerak pergi rumah Matju ngan Payih. Pastu terus menuju ke Tropicana Mall City. Mall baru katanya Matju, tak ramai orang tahu lagi.

Sampai je terus beli tiket, tempat duduk agak terkedepan, belakang belakang semua dah habis licin. Dah sampai lewat dari orang lain. Tak bolehla nak mengamuk tak tentu pasal, lambat buat cara lambat.

Boleh tahan lama juga cerita ni, dekat 3 jam jugala. Mula mula tengok poster macam cerita perang, tapi adegan letup letup rasanya ada 3 je. Tembak tembak ada 5. Lain semua cakap cakap.

Kami tonton cerita ni sampai habis. Adegan letup yang akhir tu paling kuat, sesuai la ngan ending cerita. Klimaks orang kata. Masa tu dah dekat pukul 12 malam.

Layan juga cerita ni. Walaupon banyak cakap cakap, senang faham sebab ada subtitle. Lepas tengok, masing masing buat kesimpulan, kritikan, cadangan dan segala yang tak puas hati keluar.

Hitler sebenarnya ada anak.. bla..bla..blah.

Cerita propaganda Yahudi..bla..bla..blah.

Shosanne boleh tahan cantik..bla..bla..blah.

Tak logik, tipu..bla..bla..blah.


Tiba tiba Payih;


'KAU INGAT KITA PARKING KERETA KAT MANA!?'

Persoalan yang tak dapat dijawap, tetapi jawapannya boleh dicari.


Nota bawah : Nasib baik Matju ada chemistry ngan satria neo dia. Takde la cari kereta sampai ke subuh.

4 contengan:

mat sabung said...

Epik Pemegang Amanat Khianat (PKR)


Lahabau!!(pinjaman kata drp Melaka)

Ini la ADUN2 bidang terjun PKR, main tngkap muat je pas tu suka2 kau je khianat amanat rakyat! mentang2 la masa tu gelombang rakyat tgh tahap puncak, ko main suka2 je letak ADUN yg entah mane dtg latarbelakang pon tk thu la, boleh buta kerja ke, kau ingat undi yg rakyat beri tu boleh kutip tepi2 jalan mcm putung rokok ke ha? wahai ANWAR boleh jawab tk soalan ini? apa tidaknya, wujudnya PKR tu pon parti bidang terjun jugak, senang datang dan senang pergi mcm mee maggie, tngok la nt..masing 2 dh pelahap nk rembat itu/ini, perjuangan utk rakyat tk kemana pon lg, mcm2 dh kelabu mata!

Apa beznya PKR ngn PAS ni?
PKR wujud utk apa? PAS utk apa pulak?
Tak boleh ke klu tidak ada PKR ini?
Bukan ke PAS selama ini bawa Islam, kalau dh bawa islam tu dlm tu semua dh ada, ADIL pon ada utk semua kaum, dlm islam mane ada beza kaum2 ini.islam jaga hak samarata kebajikan bukan islam dibawah naungan islam, kenapa perlu ada PKR? berjuanglah dlm satu jalan/tareqat yg sama.Jgnlah diwujuknan islam HAD'HARI lg sepelas islam ...jgn lah diwujudkan lg parti yg ADIL sepelas adanya PAS. Tidakkah dlm PAS itu dah dibawa da'wah islamiah utk semua yg sememangnya bersifat SYUMULlYYAH! kenapa, kenapa harus begini? Dimana sebenarnya batasan tnpa sempada perpaduan islam yg sebenarnya setelah ianya diprovokasi oleh ejen sekular BE END? Adakah perlu wujudnya partisan yg adil sedemikian rupa seperti KEADILAN itu?sedangkan perjuangan yg sedia ada telahpun tersedia berjalan terkehadapan?

Kemana arah tuju yg sebenar2 benarnya yg jelas terhadap parti KEDILAN ini? Atau mungkinkah ianya sekadar sebahagian retorik sebuah penjenamaan semula sebuah jenama yg tidak ubah seperti peningalannya dahulu iaitu BE END yang dianggap seperti tong taik? Yang pasti akan dicipta satu lagi tong taik atau lebih besar lagi kolam kumbahan? mustahil?

aah...tidak mustahil, aku hanya rakyat yg tidak mampu berbuat apa2 yg kedepan hari masih kedengaran percakaran, lompatan oleh pemegang2 amanat rakyat kebanyakan melobos uang dan nafsu.gawat,defisit, pengangguran, beban defisit keluarga, dan bermacam2 lg kebejatan sosial ekonomi.sehingga kadang2 aku berfikir jika dulu aku mampu memiliki cukai jalan motorsikal aku yg berusia kurang lebih 5 tahun dengan hanya polisi
insuran 3'party, tetapi aku berbangga kerana aku mampu juga memilikinya. aku ada pilihan untuk penjimatan, ..didalam hati aku berkata,," ya, aku mampu membuat pilihan yg bijak, kenapa harus dibuang kepada kerajaan pemerintah untuk membayar sejumlah uang yg tinggi nilai bg memiliki insuran 1'party hanya untuk motorsikal aku yg usang ini?"


Tetapi kini, aku hanya mampu tersenyum sinis. Ianya tidak seperti dulunya lg...ianya menjadi beban kepada rakyat seperti aku ini, walau pun ianya hanya insuran motorsikal 3'party..dimana haknya pilihan lagi utk seorang rakyat seperti ini?aku hanya mampu meluncur halal didalam haram, halalnya kerana aku memiliki hak keatas harta motorsikal aku itu, dan haramnya kerana aku memamdunya tanpa cukai jalan..ini lah rintihan seorang rakyat yg tiada pilihan sehingga pilihan yg diamanahkan dikhianiti oleh perjuangan lompat parti dan parti bebas..Wahai ANWAR , dimana ke ADIL lan mu itu...jelaskah perjuangan mu itu dengan pemegang amanat yg khianat? cukuplah wahai ANWAR!...titik



Nukilan oleh : Aku memiliki motorsikal...tetapi engkau memiliki cukai(mat sabung)

abOo said...

wow!komen dah macam entri blog.panjang.

mat sabung said...

haha...mmg entry pon yg dicopy paste..huhu

norhalim mh said...

PAS hanya wadah, perjuangannya utk mendapat keredhaan ALLAH, PKR juga hanya wadah tetapi ia hanya meneruskan kelangsungan hidup di dunia, Hitler, Najib, Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hadi Awang atau sesiapa sahaja hanyalah individu yg dikenali....kitalah yg patut berfikir dgn akal yg waras dan ilmu yg kita ada di mana perjuangan yg sebenarnya, apa guna jika keadilan, keamanan dan kesejahteraan Rakyat yg diperjuangkan tetapi jiwa kita kosong, jauh dari mendapat rahmat ALLAH.

Saya berkesempatan menziarahi blog saudara...

Post a Comment