Pages

13 October 2009

Ini bukan soalan kuiz.

Jangan buat kalau tak tahu, pergi belajar dahulu dan tanya hanya jika kau dah tahu tetapi sedikit ragu.


Kadang kadang aku tak tahu apa nak dibuat, tetapi aku tahu apa yang tak boleh dibuat.

Selalunya kalau dibelek apa apa manual mesin, terutama yang membabitkan elektrik 3 phase, akan ada peringatan 'Tanya jika ragu ragu' dan bukannya 'Tanya jika tak tahu'.

Pembuat mesin beranggapan kita kompeten, dan hanya ragu ragu tentang satu satu sambungan misalnya, bukannya lansung tak tahu dan berpura pura tahu kemudian ragu ragu. Awas jika kau ragu ragu sama ada kau tahu atau tidak kerana itu tandanya kau tak tahu.

Di laman web, blog pula ditulis 'sebarang keraguan sila hubungi..' bukannya sebarang ketaktahuan.

Berbalik kepada idea asal, ia juga terpakai untuk menilai dan membuat keputusan dalam hidup seharian. Berada dalam situasi yang tak pernah dilalui, tentu susah nak hendel.

Berfikir dari sudut negatif kadang kadang lebih memudahkan. Jika tak tahu apa nak dibuat, fikirlah apa yang tak boleh dibuat supaya segala yang dilakukan tak nampak janggal dan yang penting tidak memudaratkan siapa siapa terutama diri sendiri. Kerana hidup bukan macam jawap soalan kuiz.

Atau kau cakap saja, 'aku tak tahu dan aku malas nak ambil tahu' setel! Kau memang pemalas, macam aku.

Kerana peraturannya; jangan buat kalau tak tahu, pergi belajar dahulu dan tanya hanya jika kau dah tahu tetapi sedikit ragu.

0 contengan:

Post a Comment