Pages

10 October 2009

Rantaian kebodohan.

Kini bandi gembira kerana dia tidak bodoh, malah telah berjaya memperbodohkan manusia bodoh lain. Ya, dia memang bijak.

Ketika dibacanya emel yang panjang dan penuh dengan alamat emel yang pelbagai entah dari siapa siapa, matanya terkebil kebil.

Emel yang semacam MLM kecil kecilan ini ternyata mampu mengaburi mata manusia dengan janji manis atau ayat ayat rayuan di baris baris terakhir. Bagi yang kurang wang, terpedaya oleh janji duit berjuta, kereta mewah, rumah istana. Yang banyak dosa,terasa nak berbuat kebajikan dan terfikir fikir pasal pahala.

Mudah, hanya majukan emel kepada 7 orang rakan anda atau sesiapa saja, segalanya akan menjadi milik anda. Anda tak rugi, hanya 1 minit masa diperlukan! Begitulah betapa berpengaruhnya sistem piramid.

Emel yang asal telah bandi ubahsuai menjadi pelan yang lebih menarik, tak tertolak oleh sesiapa yang membacanya. Bukan 1, malah 3. Wah!bandi sungguh bijak memperbodohkan orang lain.

Nota bawah: Setelah anda baca entri ini, hendaklah di cetak sebanyak 30 helai dan ditampal di perhentian bas ataupun majukan kepada 30 kawan anda melalui emel dalam masa 7 hari. Jika anda mengabaikan entri ini, anda akan mendapat kecelakaan dalam hidup.

Status berantai..

5 contengan:

nizamsani said...

terlebih cerdik.

YaMie said...

mcm ku kenal siapakah yg mengepos status fesbuk itu hehehehe

abOo said...

nizam@ jangan jadi tak pandai..kehkeh
yamie@ shhh...:p

terompahkayu said...

bukan mlm jek bro. segala mak nenek berantai ni ada contohnya kompeni bill gates nak bagi duit... surat2 berunsur rasisme... emel yang kalau tak hantar dapat bala... mcm2 la.

abOo said...

kuasa di hujung jari katakan. klik saja terus sampai..

Post a Comment