Pages

30 November 2009

Sabar.

Sekali sekala, fikir dalam linkungan terdekat lebih ok kot dari sibuk sibuk dengan daerah luar.


Semua orang pernah melalui waktu sukar.

Apa yang perlu kita lakukan ialah banyakkan bersabar.

Cuba bertenang dan cari ikhtiar.

Insyallah akan ada jalan keluar.

26 November 2009

Pedih Ulu Hati.


Nyaris nyaris aku sebut Paul Gascoigne masa nak beli benda alah ni.


Sepanjang minggu ni, badan aku tak berapa sedap. Tak macam selalu gayanya. Selsema tak menentu, sakit tekak, hidung berair dan batuk sampai denyut denyut kepala. Nak kerja pon tak senang.

Dua hari lepas tah macam mana aku mula rasa pedih ulu hati. Nak kata sebab joging, bukan. Apatah lagi sebab makan banyak. Sebelum ni ok tak ada apa apa.

Keadaan sangat sangat tak selesa. Tekak rasa pedih sampai nak bernafas pon tak senang. Rasa macam ayam yang dah kunyah dan telan tadi memanjat tekak nak keluar. Memang pedih. Nak garu tak boleh.

Aku dah gelabah. Dahla esok hari raya. Macam mana nanti aku nak makan lemang rendang ketupat apa semua.

Petang tadi aku terus pergi farmasi cari Gaviscon. Ingatkan boleh ok lepas makan, rupanya tak jugak. Masih rasa pedih dan nyilu. Leceh betul.

Bila penjual ubat tu cakap mungkin badan aku banyak angin, dia rekemen aku herba Nonaroguy. Malas nak cakap banyak, aku terus angkat. Balik rumah, bancuh dah terus telan.

Sama juga rupanya, takde apa yang berubah.


Lepas tanya apa yang patut, penjual ubat rekemen herba ni. Buang angin katanya


Mungkin tindak balas dia lambat sikit kot.

Harap esok pagi bila bangun perut aku sembuh seperti sedia kala.

Nak raya ni woi!


Nota bawah: Selamat hari raya haji.

24 November 2009

Tempat Lepak Dulu Dulu.

Dulu selalu juga lepak kat Carigold.com, tapi sekarang dah malas. Dah takde mood nak singgah sana. Kalau singgah pon mungkin sekali dalam seminggu. Seingat aku, mula mula lepak sana sebab terikut ikut dengan Apih yang selalu lepak sana dari pagi sampai esok pagi.

Banyak juga benda boleh dapat dari tempat tu. Dari jual barang, ejen insurans sampaila perkhidmatan pinjaman wang. Boleh kata semua ada. Pernah skali aku beli ubat gigi serbuk dengan Misscordelia kat Carigold. Tapi haram tak sedap, rasa macam gosok gigi pakai pasir. Saja ngada ngada nak beli.

Nasib baik aku bukan jenis fanatik beli barang secara maya, kalau tak, memang dah tak jejak kaki kat Tesco. Semua beli kat forum atau blog.

Pastu Friendster. Ni pon aku dah jarang lepak. Dah tak best sebab banyak spam. Nak masuk pon berat semacam. Sikit punya lama kena tunggu, tambah pulak internet yang macam sial.

Lepak kat Friendster sebab nak bergembira, bertegur sapa dengan kawan kawan lama. Tapi sebabkan internet macam cibai, mood bertukar jadi marah tak tentu hala. Apa kes bagi testimoni maki hamun kat member member. Nak cari gaduh?

Memang Streamyx Tmnut ni perosak mood betul. Ini cerita dulula. Zaman masih kat Parit Raja. Sekarang ni aku dah potong, guna berukband sialkom pulak. Sekadar nak semak surat elektronik, bayar bil, kemaskini blog dan bermukabuku ok la kot.

Kalau guna berat berat macam muat turun cerita 700mb, macam sial juga berukband ni. Nanti tak sampai tengah bulan dah habis limit. Kelajuan internet secara automatik dia tukar dari hsdpa ke gprs. Dia punya lembab, tekan enter pastu boleh pergi dapur bancuh kopi, balik semula ke pc belum tentu siap loading.

Jadi apa apa hal lepas ni, jangan cari aku kat Friendster atau Carigold.

21 November 2009

Kertas Tekap.


Samah selai harga kertas tekap ni.


Masa penghujung darjah 3, rakan rakan sekelas semua kecoh pasal nak naik darjah 4. Semua pakat pakat sibuk nak ambil tahu. Darjah 4 kena pakai macam mana, belajar subjek apa, masuk kelas mana, bahasa Inggeris teacher mana yang ajar.

Antara tajuk perbualan lain yang hangat dan ramai budak bincang, pasal belajar subjek Alam dan Manusia.

Cikgu Azmi, naik kereta Honda kalau betul ingatan aku, tak pon Proton Saga. Aku rasa lebih kepada Honda. Nombor plat DL5. Member abah juga cikgu Azmi ni. Sempat jugala tanya dia tips nak cemerlang ADM, nota pon ada salin sebelum masuk darjah 4 lagi. Persediaan awal orang kata.

Bila belajar ADM, banyak gambar nak kena lukis. Dari gambar tumbuhan sampailah ke gambar tubuh badan. Nama pon Alam dan manusia, benda benda macam ni memang takleh nak lari. Cuma mungkin ada masuk matematik sikit sikit, itupon matematik mudah.

Masa nak buat latihan atau kerja rumah, banyak gambar nak kena lukis, aku tak berapa nak suka sangat. Sebab tahu tangan bukan jenis berseni. Nak harapkan Pejal dia dah pindah sekolah masa darjah 2 lagi.

Teknologi mesin taip pada masa tersebut sedikit sebanyak membantu pembelajaran aku. Kalau nasib baik, ada lebihan kertas karbon yang abah dah gunakan. Tapi selalunya memang tak dapat guna.

Jangan harap senang senang nak dapat kertas karbon. Cara lain paling mudah dengan lumurkan minyak pada helaian buku supaya muka surat tersebut jadi macam kertas tekap.

Cerita pasal ingatan ni, seingat aku semasa belum lahir, aku pandai berenang. Sekarang bila dah lahir ke dunia dan dah besar macam ni, tiba tiba jadi tak reti pulak.

19 November 2009

Letupan dan tenaga.

Letupan terjadi apabila tenaga yang tersimpan dalam sesuatu benda terkurung ditukarkan kepada haba secara tiba tiba.

Keadaan ini hanya benar bagi bom tangan, bom atom atau sebutir asteroid yang melanggar bumi.

Haba yang terhasil cukup untuk menukarkan benda kepada wap dan debu, seterusnya menjadi gas yang tersangat panas.

Gas tersebut yang mempunyai tekanan enormus, akan mengakibatkan daya yang sangat besar ke atas benda di sekelilingnya.

Tiada benda yang kuat untuk menahan tekanan tersebut, jadi gas itu akan terus mengembang pantas dan menolak semua benda berdekatan yang menghalangnya.

Itulah letupan.

Efek, kerosakan akibat dari letupan ini dipanggil flying debris.

Tidak kira dalam bentuk apakah asalnya tenaga yang menghasilkan letupan tersebut; boleh jadi tenaga kinetik (hasil dari pergerakan) seperti asteroid, atau mungkin tenaga kimia yang terdapat dalam bahan letupan TNT (trinitrotoluene).

Seberapa pantas pertukaran bentuk tenaga tadi kepada haba merupakan pokok pangkal kepada segala letupan.

Tenaga ialah kebolehan melakukan kerja. Definisi lain bagi tenaga adalah apa apa sahaja yang boleh ditukarkan kepada haba.

Haba pula ialah sesuatu yang menaikkan suhu benda seperti yang dapat diukur menggunakan alat termometer, bukti fizikal. Atau kau juga boleh cuba pegang cerek air yang sedang mendidih untuk membuktikan kehadiran haba.

Dengan kata lain, haba ialah tenaga mikroskopik pergerakan molekul yang tak boleh duduk diam. Memberontak tak tentu hala.

Tenaga amarah dan letupan perasaan pula bagaimana? Itu kau kena tanya ahli psikologi.

Entri ini hanya menghurai letupan dan tenaga dari takrifan fizik semata.

Tiada kaitan dengan perasaan dan jiwa.

17 November 2009

Minit mesyuarat.

Sibuk nampak, buat apa?

Nak siapkan minit mesyuarat ni, banyaknya. Haa..

Buatla jam mesyuarat, barula tak banyak.

15 November 2009

Hipotesis Nemesis (1987) II

Sesetengah orang terkejut dengan fakta bahawa asteroid bersaiz sebesar gunung Everest boleh mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat jika ia melanggar bumi.

Tidaklah mengejutkan jika diberitahu sememangnya terdapat asteroid sebesar itu diluar angkasa sana. Kemusnahan itu banyak digambarkan dalam cerita cerita panggung seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Asteroid dan komet jarang menghampiri bumi. Dalam beberapa tahun, akan terdapat sekali atau dua tajuk akhbar yang menyatakan asteroid 'hampir' melanggar bumi apabila terdapat asteroid melintasi cakerawala hanya dengan jarak beberapa juta batu dari kedudukan bumi.

Jejari bumi adalah lebih kurang 4000 batu atau bersamaan juga dengan 6000 kilometer. Jadi, bolehlah dikatakan 'hampir' disini adalah sebenarnya masih beratus ribu batu jika dibandingkan dengan jejari bumi. Kebarangkalian asteroid untuk melanggar bumi, boleh diumpamakan seperti seekor semut yang berada di atas papan target dart.

Walaupun kebarangkalian asteroid untuk melanggar bumi amatlah kecil ketika zaman kita hidup ini, jika berlaku, kesannya amatlah dahsyat. Berjuta juta atau mungkin billion manusia akan mati jika ia benar benar terjadi.

Ambil seketul batu dan baling ke dinding. Adakah letupan akan berlaku?

Kenapa asteroid boleh menyebabkan letupan? Asteroid adalah batu dan bukannya bahan letupan.

Jika ia benar benar berlaku, kenapa letupannya sangat besar?

Oh ya, apakah sebenarnya letupan itu sendiri?

14 November 2009

Hati gua.

Dulu gua bagi lu pinjam separuh, sampai sekarang lu belum pulangkan. Dah rosak la tu, sampai takut nak pulangkan.

Nasib baik gua tak bagi semua, kalau tak, sekarang gua dah takde hati lagi nak bagi kat siapa siapa.

Lu ingat gua takde perasaan?

Kalau lu baca entri ni, gua harap lu pulangkan balik. Sebab gua takut nanti orang lain taknak terima hati gua yang dah tinggal separuh ni.

Kalau hati tu dah calar dan kemek pon tak apa. Gua tak kisah. Yang penting lu hantar.

Gua boleh bikin balik dan bela kasi cantik. Lepas tu gua nak simpan dalam kotak kaca.

Lu dengar tak ni?

Cibai lu.

Jumpa nanti gua kasi terajang satu kali baru tahu.

12 November 2009

Perjuangan.



Bergeraklah maju ke hadapan.

Teruskan perjuangan,

Usah kau takut akan halangan,

Kerana aku ada di belakang,

Berbahagialah, jangan gentar pada hari mendatang,

Ayuh kita serang,

Warrgghh...!



Semalam aku dengar ada pemain Kelantan yang dah kena beli. Red warrior semua!cepat uruskan.CARI SAPA JUPO!



Nota bawah: Tapi dua dua tim main macam cibai. Tak macam Arsenal.

09 November 2009

Hipotesis Nemesis (1987)


Pada penghujung era Cretasius iaitu zaman kegemilangan dinasour, sebongkah asteroid atau komet yang berdiameter 16 kilometer menghentam bumi dengan kelajuan kurang lebih 32 kilometer sesaat, iaitu 10 kali ganda kelajuan peluru yang paling laju terdapat di dunia pada ketika ini.

Kereta yang bergerak 33.33 meter sesaat adalah berkelajuan 120 kilometer sejam. Asteroid ini pula berkelajuan 115,200 kilometer sejam. Dengan kata lain 1000 kali lebih laju dari kereta biasa biasa.

Terdapat juga objek besar yang lain menghampiri bumi, tetapi asteroid tadi satu satunya yang akan melanggar bumi dan menghasilkan kemusnahan yang tak tertanggungkan. Mustahil dapat dikesan kehadiran udara kerana ia berlaku dalam tempoh masa kurang 1 saat dan mengakibatkan laluan di belakang asteroid tersebut menjadi vakum.

Ia akan menghentam bumi dengan daya yang sangat kuat dan menyebabkan batu batu di sekeliling menjadi panas sehingga mencecah suhu melebihi sejuta degree celsius, iaitu beberapa ratus kali lebih panas dari permukaan matahari.

Asteroid,batu dan air (jika ia jatuh di dalam laut) akan serta merta menjadi wap.

Tenaga yang terhasil dari hentaman tersebut adalah lebih hebat berbanding seratus juta megaton TNT (abang kepada c4), 100 teraton, bersamaan juga dengan 10 kali lebih besar dari jumlah gabungan keupayaan tenaga nuklear Amerika dan Soviet.

Dalam jangka masa kurang dari 1 minit, letupan merebak 60 batu selari permukaan dan 20 batu terus ke dalam bumi. Letupan tersebut akan terus merebak dan terus merebak dengan lebih besar.

Wap wap panas hasil dari dentuman tadi berterbangan garang ke atmosfera sehingga mencecah ketinggian altitut 15 batu. Ia akan bersinar terang dan kemudian mulai sejuk seterusnya terkondensasi menjadi debu debu dan batu, tercampak ke segenap pelusuk dunia.

Jadi kawan jangan kau tanya kenapa sekarang tiada orang ternak rhinoseros. Kesan yang maha dahsyat ini banyak digambarkan dalam cerita cerita panggung seperti Deep Impact, Meteor dan Armageddon.


bersambung...

06 November 2009

Pelajaran dalam kehidupan.

Aku senang kalau tengok orang lain tenang.
Lebih suka urus diri sendiri dari sibuk sibuk hal orang.

Sudah sampai masa untuk memberi.
Sebab sudah banyak kali menerima.

Kata Harun Yahya;

Hidup dan nasib boleh kelihatan tidak teratur, misteri, hebat dan sporadik, namun setiap elemennya adalah subsistem keteraturan dari sebuah reka bentuk holistik yang sempurna.

Menerima kehidupan bererti,menerima kenyataan bahawa tidak ada hal sekecil apa pun yang terjadi kerana secara kebetulan. Ini adalah fakta penciptaan yang tak dapat disangkal.


Sesuatu kejadian diciptakan untuk membuka mata manusia melihat dunia.
Segalanya punya alasan tersendiri.
Tetapi kepastian terhadap perasaan.
Tak boleh lahir begitu sahaja.
Perlu lebih waktu.
Untuk belajar.


Belajar sampai peringkat mana?
Sijil? diploma? ijazah? master? PHD?
Kehidupan itu sendiri adalah pelajaran,
Kita sentiasa belajar dan belajar,
Kata orang; belajar tinggi tinggi sampai pandai,
Bukan memandai mandai.

Belajar mengenal diri seseorang tak dapat dipelajari dari orang lain,
Kerana perkara yang terbaik dalam pelajaran,
Ialah belajar melalui pengalaman sendiri.


Bukan tempoh masa dan setinggi mana kita belajar yang jadi isu,
Yang penting setakat mana kita dapat menerima pelajaran itu.

Ya,belajar dari pengalaman sendiri.

Kerana;

Kehidupan adalah pelajaran.
Cikgunya ialah pengalaman.
Tingkatkan diri melalui pembacaan.
Kesusahan itulah peperiksaan.
Keputusan dan pencapaian?

Bergantung pada kemampuan dan kebijaksanaan.

Kau nilaikan!


Nota bawah: Kolaborasi, perdebatan terbuka, perbahasan tanpa percakaran antara abOo dan Hapam.

03 November 2009

Basuh pinggan.

Aku bengang betul, tiap kali nak pakai pinggan mangkuk,cawan,sudu,garfu, tak pernah ada yang bersih. Semua bersepah dalam sinki. Hangin juga kadang kadang, boleh bawak gaduh camni. Nak marah lebih lebih kang member serumah juga, bukan orang lain.

Memang tak patut la macam ni. Lepas berak, mesti kena basuh terus, takkan nak tunggu esok. Mana boleh tangguh tangguh. Samala konsep basuh pinggan lepas makan. Benda kecik macam ni pon nak kena bagitahu.

Nak tak nak terpaksa juga aku basuh pinggan mangkuk yang dah berapa hari tersadai dalam sinki. Tadi balik dari kerja ada beli sup kambing sikit, sayur kailan ikan masin. Juadah makan malam.

Dah siap basuh mangkuk, aku isi sup tadi, sayur aku letak dalam pinggan. Nasi masak sendiri je. Jimat.

Aku hidang dan makan sorang sorang sambil layan astro. Dak lain semua keluar kawasan.

Layan juga sup kambing ni. Memang ngam dengan sayur kailan, tambah sambal sket. Terangkat. Sup kat kedai tu memang best, ramai orang beli. Beratur punyala panjang, macam nak bayar bil.

Kenyang yang amat malam tu. Lepas makan terus terlentang atas sofa, tak larat nak buat banyak pergerakan.

Dah kenyang ni mata pon dah rasa ngantuk. Aku pon kemas kemas apa yang patut. Angkat pinggan mangkuk letak dalam sinki dan basuh tangan.

Esok jelah aku basuh pinggan tu.

01 November 2009

Kabur.

Ku pandang kiri, ku pandang kanan.Kabur.

Tak pernah aku berkeadaan begini sebelum ni. Aku lemparkan pandangan ke tingkap, cuba mencari dan mengesan dari mana datangnya suara kanak kanak yang riuh rendah, tetapi gagal ku lihat dengan jelas.

Hati mula rasa tak sedap. Aku toleh ke kanan dan melihat jam di bucu meja tepi katil, tetap sama juga, tak nampak jelas jarum di nombor berapa.

Aku mula cemas. Aku genyeh genyeh kedua dua mata dengan tangan sepuas puasnya dengan harapan akan elok seperti sedia kala. Keadaan masih tak berubah.

Hati terus dirundung resah. Kenapakah? Semalam masih elok kenapa tiba tiba aku seakan hilang penglihatan? Ya tuhan...

Serentak itu juga aku teringat kat Umi di kampung, adik adik yang masih belajar.

Mata aku kabur. Aku tak dapat melihat dengan jelas lagi. Bagaimana akan kuhadapi hari hari yang mendatang?

Aku bangun dan menghadap cermin.


'Oh! Lupa pakai spek rupanya.'