Pages

03 November 2009

Basuh pinggan.

Aku bengang betul, tiap kali nak pakai pinggan mangkuk,cawan,sudu,garfu, tak pernah ada yang bersih. Semua bersepah dalam sinki. Hangin juga kadang kadang, boleh bawak gaduh camni. Nak marah lebih lebih kang member serumah juga, bukan orang lain.

Memang tak patut la macam ni. Lepas berak, mesti kena basuh terus, takkan nak tunggu esok. Mana boleh tangguh tangguh. Samala konsep basuh pinggan lepas makan. Benda kecik macam ni pon nak kena bagitahu.

Nak tak nak terpaksa juga aku basuh pinggan mangkuk yang dah berapa hari tersadai dalam sinki. Tadi balik dari kerja ada beli sup kambing sikit, sayur kailan ikan masin. Juadah makan malam.

Dah siap basuh mangkuk, aku isi sup tadi, sayur aku letak dalam pinggan. Nasi masak sendiri je. Jimat.

Aku hidang dan makan sorang sorang sambil layan astro. Dak lain semua keluar kawasan.

Layan juga sup kambing ni. Memang ngam dengan sayur kailan, tambah sambal sket. Terangkat. Sup kat kedai tu memang best, ramai orang beli. Beratur punyala panjang, macam nak bayar bil.

Kenyang yang amat malam tu. Lepas makan terus terlentang atas sofa, tak larat nak buat banyak pergerakan.

Dah kenyang ni mata pon dah rasa ngantuk. Aku pon kemas kemas apa yang patut. Angkat pinggan mangkuk letak dalam sinki dan basuh tangan.

Esok jelah aku basuh pinggan tu.

4 contengan:

faizulamin said...

cet! sama gak akhirnya! kah3x..

takpe2, asalkan lepas bangun ko basuh! haha

liza aziz said...

eh aboo.. dibiarkan pinggan xbercuci dalam sinki, mewarisi kepapaan.. ishishishh...
gi le basuh cecepat..

abOo said...

Faizul.
Hidup bagai roda feris.

Liza.
Yeke?kena cari orang gaji la pasni.

terompahkayu said...

makan tidur memang best! hahah

Post a Comment