Pages

15 November 2009

Hipotesis Nemesis (1987) II

Sesetengah orang terkejut dengan fakta bahawa asteroid bersaiz sebesar gunung Everest boleh mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat jika ia melanggar bumi.

Tidaklah mengejutkan jika diberitahu sememangnya terdapat asteroid sebesar itu diluar angkasa sana. Kemusnahan itu banyak digambarkan dalam cerita cerita panggung seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Asteroid dan komet jarang menghampiri bumi. Dalam beberapa tahun, akan terdapat sekali atau dua tajuk akhbar yang menyatakan asteroid 'hampir' melanggar bumi apabila terdapat asteroid melintasi cakerawala hanya dengan jarak beberapa juta batu dari kedudukan bumi.

Jejari bumi adalah lebih kurang 4000 batu atau bersamaan juga dengan 6000 kilometer. Jadi, bolehlah dikatakan 'hampir' disini adalah sebenarnya masih beratus ribu batu jika dibandingkan dengan jejari bumi. Kebarangkalian asteroid untuk melanggar bumi, boleh diumpamakan seperti seekor semut yang berada di atas papan target dart.

Walaupun kebarangkalian asteroid untuk melanggar bumi amatlah kecil ketika zaman kita hidup ini, jika berlaku, kesannya amatlah dahsyat. Berjuta juta atau mungkin billion manusia akan mati jika ia benar benar terjadi.

Ambil seketul batu dan baling ke dinding. Adakah letupan akan berlaku?

Kenapa asteroid boleh menyebabkan letupan? Asteroid adalah batu dan bukannya bahan letupan.

Jika ia benar benar berlaku, kenapa letupannya sangat besar?

Oh ya, apakah sebenarnya letupan itu sendiri?

2 contengan:

terompahkayu said...

Manusia harus prepare. Dan xsilap aku NASA da ready. Manusia perlu survive utk kelangsungan tamadunny.

Letupan astroid bilamana bergeser dgn lapisn atmosfera.

abOo said...

dalam cerita panggung amerika selalu jadi hero menyelamatkan bumi dari dihentam asteroid.heh.

mungkin kerana asteroid bergerak terlalu laju maka tenaga yang besar terhasil dan letupan terjadi.

macam peluru,walaupun kecil dan tumpul tetapi boleh membunuh sebab bergerak laju.

Post a Comment