Pages

09 November 2009

Hipotesis Nemesis (1987)


Pada penghujung era Cretasius iaitu zaman kegemilangan dinasour, sebongkah asteroid atau komet yang berdiameter 16 kilometer menghentam bumi dengan kelajuan kurang lebih 32 kilometer sesaat, iaitu 10 kali ganda kelajuan peluru yang paling laju terdapat di dunia pada ketika ini.

Kereta yang bergerak 33.33 meter sesaat adalah berkelajuan 120 kilometer sejam. Asteroid ini pula berkelajuan 115,200 kilometer sejam. Dengan kata lain 1000 kali lebih laju dari kereta biasa biasa.

Terdapat juga objek besar yang lain menghampiri bumi, tetapi asteroid tadi satu satunya yang akan melanggar bumi dan menghasilkan kemusnahan yang tak tertanggungkan. Mustahil dapat dikesan kehadiran udara kerana ia berlaku dalam tempoh masa kurang 1 saat dan mengakibatkan laluan di belakang asteroid tersebut menjadi vakum.

Ia akan menghentam bumi dengan daya yang sangat kuat dan menyebabkan batu batu di sekeliling menjadi panas sehingga mencecah suhu melebihi sejuta degree celsius, iaitu beberapa ratus kali lebih panas dari permukaan matahari.

Asteroid,batu dan air (jika ia jatuh di dalam laut) akan serta merta menjadi wap.

Tenaga yang terhasil dari hentaman tersebut adalah lebih hebat berbanding seratus juta megaton TNT (abang kepada c4), 100 teraton, bersamaan juga dengan 10 kali lebih besar dari jumlah gabungan keupayaan tenaga nuklear Amerika dan Soviet.

Dalam jangka masa kurang dari 1 minit, letupan merebak 60 batu selari permukaan dan 20 batu terus ke dalam bumi. Letupan tersebut akan terus merebak dan terus merebak dengan lebih besar.

Wap wap panas hasil dari dentuman tadi berterbangan garang ke atmosfera sehingga mencecah ketinggian altitut 15 batu. Ia akan bersinar terang dan kemudian mulai sejuk seterusnya terkondensasi menjadi debu debu dan batu, tercampak ke segenap pelusuk dunia.

Jadi kawan jangan kau tanya kenapa sekarang tiada orang ternak rhinoseros. Kesan yang maha dahsyat ini banyak digambarkan dalam cerita cerita panggung seperti Deep Impact, Meteor dan Armageddon.


bersambung...

2 contengan:

terompahkayu said...

info bagus bro!

abOo said...

info bagus untuk dikongsi kongsi

Post a Comment