Pages

21 November 2009

Kertas Tekap.


Samah selai harga kertas tekap ni.


Masa penghujung darjah 3, rakan rakan sekelas semua kecoh pasal nak naik darjah 4. Semua pakat pakat sibuk nak ambil tahu. Darjah 4 kena pakai macam mana, belajar subjek apa, masuk kelas mana, bahasa Inggeris teacher mana yang ajar.

Antara tajuk perbualan lain yang hangat dan ramai budak bincang, pasal belajar subjek Alam dan Manusia.

Cikgu Azmi, naik kereta Honda kalau betul ingatan aku, tak pon Proton Saga. Aku rasa lebih kepada Honda. Nombor plat DL5. Member abah juga cikgu Azmi ni. Sempat jugala tanya dia tips nak cemerlang ADM, nota pon ada salin sebelum masuk darjah 4 lagi. Persediaan awal orang kata.

Bila belajar ADM, banyak gambar nak kena lukis. Dari gambar tumbuhan sampailah ke gambar tubuh badan. Nama pon Alam dan manusia, benda benda macam ni memang takleh nak lari. Cuma mungkin ada masuk matematik sikit sikit, itupon matematik mudah.

Masa nak buat latihan atau kerja rumah, banyak gambar nak kena lukis, aku tak berapa nak suka sangat. Sebab tahu tangan bukan jenis berseni. Nak harapkan Pejal dia dah pindah sekolah masa darjah 2 lagi.

Teknologi mesin taip pada masa tersebut sedikit sebanyak membantu pembelajaran aku. Kalau nasib baik, ada lebihan kertas karbon yang abah dah gunakan. Tapi selalunya memang tak dapat guna.

Jangan harap senang senang nak dapat kertas karbon. Cara lain paling mudah dengan lumurkan minyak pada helaian buku supaya muka surat tersebut jadi macam kertas tekap.

Cerita pasal ingatan ni, seingat aku semasa belum lahir, aku pandai berenang. Sekarang bila dah lahir ke dunia dan dah besar macam ni, tiba tiba jadi tak reti pulak.

0 contengan:

Post a Comment