Pages

19 November 2009

Letupan dan tenaga.

Letupan terjadi apabila tenaga yang tersimpan dalam sesuatu benda terkurung ditukarkan kepada haba secara tiba tiba.

Keadaan ini hanya benar bagi bom tangan, bom atom atau sebutir asteroid yang melanggar bumi.

Haba yang terhasil cukup untuk menukarkan benda kepada wap dan debu, seterusnya menjadi gas yang tersangat panas.

Gas tersebut yang mempunyai tekanan enormus, akan mengakibatkan daya yang sangat besar ke atas benda di sekelilingnya.

Tiada benda yang kuat untuk menahan tekanan tersebut, jadi gas itu akan terus mengembang pantas dan menolak semua benda berdekatan yang menghalangnya.

Itulah letupan.

Efek, kerosakan akibat dari letupan ini dipanggil flying debris.

Tidak kira dalam bentuk apakah asalnya tenaga yang menghasilkan letupan tersebut; boleh jadi tenaga kinetik (hasil dari pergerakan) seperti asteroid, atau mungkin tenaga kimia yang terdapat dalam bahan letupan TNT (trinitrotoluene).

Seberapa pantas pertukaran bentuk tenaga tadi kepada haba merupakan pokok pangkal kepada segala letupan.

Tenaga ialah kebolehan melakukan kerja. Definisi lain bagi tenaga adalah apa apa sahaja yang boleh ditukarkan kepada haba.

Haba pula ialah sesuatu yang menaikkan suhu benda seperti yang dapat diukur menggunakan alat termometer, bukti fizikal. Atau kau juga boleh cuba pegang cerek air yang sedang mendidih untuk membuktikan kehadiran haba.

Dengan kata lain, haba ialah tenaga mikroskopik pergerakan molekul yang tak boleh duduk diam. Memberontak tak tentu hala.

Tenaga amarah dan letupan perasaan pula bagaimana? Itu kau kena tanya ahli psikologi.

Entri ini hanya menghurai letupan dan tenaga dari takrifan fizik semata.

Tiada kaitan dengan perasaan dan jiwa.

1 contengan:

terompahkayu said...

yang zahir ni sume cermin untuk yang batin.

Post a Comment