Pages

28 December 2009

Wayang Kulit.

Malam tersebut aku dah bersiap siap awal. Main bola berhenti awal, sebelum orang azan maghrib lagi. Selalunya pada hari biasa main sampai ada yang berlanggar sesama sendiri sebab dah gelap sangat. Takpon sampai kena marah dengan pakcik pakcik yang nak ke masjid. Style main macam nak wakil negara. Semangat tak ingat.

Masa kena seting betul betul. Barula boleh sampai sebelum persembahan mula. Ni nak sental kaki pon mau 1 jam. Main pakai kaki ayam, biasa la.

'Jumpa kat kalbod gelongsor malam nanti' sound Jehe sebelum semua berangsur balik.

Nasib baik aku mc pergi sekolah je tadi. Kalau main bola pon mc, dah terlepas satu aktiviti besar kat kampung. Malam nanti kat padang bola ada pertandingan dikir barat dan persembahan wayang kulit.

Selama tinggal di Kelantan ni tak pernah lagi tengok wayang kulit secara depan mata. Kalau dikir barat dah biasa sangat. Boleh kata setiap malam jumaat diorang prektis. Persembahan wayang kulit yang julung kali diadakan ni takkan aku lepaskan.

Semua aktiviti ni siapa yang anjur pon aku tak tahu. Yang penting malam nanti mesti ramai orang. Lebih ramai dari yang datang ceramah kat madrasah. Anak makcik yang jual kacang rebus pon mesti ada.

Pentas tempat dikir barat dah siap berhias. Kat sekeliling digantung kain putih corak bunga raya. Orang MDKKS menyempurnakan tanggungjawap dengan baik sekali.

Kat satu tempat lain ada khemah tertutup. Sama juga, kain rentang bercorak bunga raya mesti ada. Dalam hati aku masa tu memang dah dapat agak, tu tempat wayang kulit. sempat aku tinjau khemah sebelum balik dari main bola, ada batang pisang tempat cacak patung patung kulit. Macam tempat budak sunat pon ada.

Pada malam tersebut selepas bersiap terus gerak sama sama dengan Wadi dan Ijo. Semua berbaju melayu dan kain pelikat. Tapi kat dalam pakai seluar pendek. Stenbai kalau kalau kena kejar hantu, terus bukak kain silang kat bahu. Senang sikit nak lari.

Tapi tak pernah lagi aku dengar cerita ada yang kena kejar hantu. Kena kejar babi hutan tu, banyakla.

Sebabkan aku sampai sedikit lewat, aku tengok Jehe tak di tempat yang dijanjikan. Leceh betul takde handphone ni, nak sms pon takleh.

Masa tu tengok orang dah ramai kat sekeliling khemah wayang kulit. Ada yang tengah beratur panjang. Bunyi gong dan alat muzik lain membuatkan kami makin teruja.

'Agaknya dah nak mula.' jerit Wadi dengan kuat kat tepi telinga aku.

Di tengah kekalutan itu tiba tiba Jehe muncul dan menarik tangan aku, ajak ke pentas dikir barat.

'Nak masuk kena bayar, 50sen' kata Jehe kecewa.

Cilakak, nak tengok wayang kulit pon kena bayar. Macam mana kebudayaan nak berkembang di kalangan budak sekolah.

Patutla remaja sekarang lebih cenderung kepada kelab malam.

Malam tu kami layan kecewa sambil pekena keropok lekor tepi pentas dikir barat.

21 December 2009

Pejuang/Pembuat Keputusan.

Semua orang adalah pejuang. Sedar atau tidak, aku, kau, mereka adalah pejuang.

Setiap pagi aku berjuang untuk bangun dan bangkit dari tidur bagi meneruskan kehidupan. Berperang dengan diri melawan satu kuasa lain yang juga berjuang, agar diri aku terus sambung tidur.

Jika aku bangun, pihak yang berjuang agar aku bangun akan menang manakala yang berjuang agar aku terus tidur akan terkorban. Aku jadi serba salah. Setiap hari ini berlaku.

Seperti biasa,perjuangan mencetuskan konflik serta pertempuran, dan akan adanya kematian, pihak yang kalah akan terkorban.

Jika pihak yang berjuang supaya aku bangun dari tidur dan meneruskan kehidupan, menang. Maka aku pon bangun.

Manakala yang berjuang supaya aku terus sambung tidur, terkorban. Kalah dalam peperangan. Bagi mengingati pejuang yang terkorban, tugu didirikan. Saki baki pejuang yang tinggal memgumpul kembali askar-askar, bermesyuarat dan post mortem.

Esok masih ada. Jangan putus asa. Kata mereka.

Sungguh mahal harga perjuangan sebab sentiasa ada pihak yang akan terkorban.

Sekarang aku sedar, ini semua bukannya perjuangan.

Ini hanya membuat keputusan. Tiada apa yang nak dikecohkan.

Masalahnya tahun ini sahaja jumlah jam aku lewat ke pejabat ada la dalam 40 jam.

Nampak gaya harapan untuk dapat bonus tahun ni dah terkorban.

Jadi tugu.

17 December 2009

Hari Baju Merah.



Kerajaan sekarang dah gelabah tak tentu pasal. Dulu Terengganu mintak, sebab nak bodek balik rakyat, dia pon bagi. Sekarang Kelantan pulak mintak. Kahkahkah.

Perangai kerajaan macam penjajah.

Nak kasi ke tak pergi mampus lah.

Nak pesan baju ni, klik kedaihitamputih .


Nota bawah : "kita sudah tidak punya jalan lain, kecuali jalan raya" - anonimus

10 December 2009

Menang Peraduan.

Satu juta!

Ni kali kedua aku menang peraduan. Kali pertama masa darjah 3. Menang hadiah saguhati peraduan teka silangkata majalah Bambino.

Dapat hadiah belon bola rugby, tak sampai sejam pecah sebab main sepak sepak.

Sebab tu tak berapa suka sangat masuk peraduan. Tahu tangan jenis takde ong.

Yang ni pon kebetulan beli air 100+ masa baru balik joging. Bukan saja ngada ngada beli sebab ada peraduan atau jenis gila peraduan.

08 December 2009

Pesta Hoki USM.






Masuk tahun ni, dah 36 kali Pesta Hoki USM berlangsung. Edisi kali ni bermula dari 11-13 Disember, dah tak lama ni, Jumaat nanti. Yang buat benda ni best, sebab bulan 12 ada Pesta Pulau Pinang. Masa budak budak seronok la kot. Padahal takde apa pon, funfair biasa je. Rumah hantu, roller coaster, tembak belon apa semua. Sama jela dengan funfair kat tempat lain, cuma boria kot takde kat tempat lain.

Benda lain yang seronok sebab dapat baju milo. Balik je dari pesta hoki, pakai baju milo pesta hoki dengan bangga bangga. Selang sebulan baju tu pon hilang sebab jatuh dari ampaian tingkat 4 asrama. Takpon dah malu nak pakai sebab dah tumbuh tahi lalat, jenis pakai jemur, pakai jemur pastu esoknya pakai lagi sampaila hitam.

07 December 2009

Hamba Kerja.


Dah lama tak baring baring atas gunung macam ni, rindu juga rasa.


Sibuk betul sekarang ni.Sampai nak litas jalan tu, tengok kiri kanan pon tak sempat. Kepala asyik fikir tentang kerja. Nasib baik Kuala Terengganu dia punya jalan tak sibuk macam Bukit Bintang.

Masa mula mula datang sini rasanya tak sedap badan. Sebabkan sibuk, rasa tak sedap tu pon tak sempat nak rasa. Sibuk betul kerja. Tapi bila malam, pandai pulak batuk batuk semula.

Seminggu ni Kuala Terengganu asyik hujan, baru sehari rasanya matahari keluar.

Muram.

01 December 2009

Main Hoki Semula.


Sekarang ni aku dah sibuk sibuk semula dengan hoki. Minggu lepas dah tukar kain tempat pemegang, dah cuci dan lap kayu yang dah lama tak pegang.

Boleh kata tiap tiap petang hari kerja aku joging sekarang ni. Jumaat ni dah mula Liga Hoki Malaysia(MHL), kalu tak berkesempatan ke stadium tengok je kat Astro.

Bukan selalu boleh tengok hoki kat tv, siaran lansung pula tu. Kuat betul pengaruh Sultan Hoki.

Dah merajuk la tu dengan bola.