Pages

21 December 2009

Pejuang/Pembuat Keputusan.

Semua orang adalah pejuang. Sedar atau tidak, aku, kau, mereka adalah pejuang.

Setiap pagi aku berjuang untuk bangun dan bangkit dari tidur bagi meneruskan kehidupan. Berperang dengan diri melawan satu kuasa lain yang juga berjuang, agar diri aku terus sambung tidur.

Jika aku bangun, pihak yang berjuang agar aku bangun akan menang manakala yang berjuang agar aku terus tidur akan terkorban. Aku jadi serba salah. Setiap hari ini berlaku.

Seperti biasa,perjuangan mencetuskan konflik serta pertempuran, dan akan adanya kematian, pihak yang kalah akan terkorban.

Jika pihak yang berjuang supaya aku bangun dari tidur dan meneruskan kehidupan, menang. Maka aku pon bangun.

Manakala yang berjuang supaya aku terus sambung tidur, terkorban. Kalah dalam peperangan. Bagi mengingati pejuang yang terkorban, tugu didirikan. Saki baki pejuang yang tinggal memgumpul kembali askar-askar, bermesyuarat dan post mortem.

Esok masih ada. Jangan putus asa. Kata mereka.

Sungguh mahal harga perjuangan sebab sentiasa ada pihak yang akan terkorban.

Sekarang aku sedar, ini semua bukannya perjuangan.

Ini hanya membuat keputusan. Tiada apa yang nak dikecohkan.

Masalahnya tahun ini sahaja jumlah jam aku lewat ke pejabat ada la dalam 40 jam.

Nampak gaya harapan untuk dapat bonus tahun ni dah terkorban.

Jadi tugu.

0 contengan:

Post a Comment