Pages

28 December 2009

Wayang Kulit.

Malam tersebut aku dah bersiap siap awal. Main bola berhenti awal, sebelum orang azan maghrib lagi. Selalunya pada hari biasa main sampai ada yang berlanggar sesama sendiri sebab dah gelap sangat. Takpon sampai kena marah dengan pakcik pakcik yang nak ke masjid. Style main macam nak wakil negara. Semangat tak ingat.

Masa kena seting betul betul. Barula boleh sampai sebelum persembahan mula. Ni nak sental kaki pon mau 1 jam. Main pakai kaki ayam, biasa la.

'Jumpa kat kalbod gelongsor malam nanti' sound Jehe sebelum semua berangsur balik.

Nasib baik aku mc pergi sekolah je tadi. Kalau main bola pon mc, dah terlepas satu aktiviti besar kat kampung. Malam nanti kat padang bola ada pertandingan dikir barat dan persembahan wayang kulit.

Selama tinggal di Kelantan ni tak pernah lagi tengok wayang kulit secara depan mata. Kalau dikir barat dah biasa sangat. Boleh kata setiap malam jumaat diorang prektis. Persembahan wayang kulit yang julung kali diadakan ni takkan aku lepaskan.

Semua aktiviti ni siapa yang anjur pon aku tak tahu. Yang penting malam nanti mesti ramai orang. Lebih ramai dari yang datang ceramah kat madrasah. Anak makcik yang jual kacang rebus pon mesti ada.

Pentas tempat dikir barat dah siap berhias. Kat sekeliling digantung kain putih corak bunga raya. Orang MDKKS menyempurnakan tanggungjawap dengan baik sekali.

Kat satu tempat lain ada khemah tertutup. Sama juga, kain rentang bercorak bunga raya mesti ada. Dalam hati aku masa tu memang dah dapat agak, tu tempat wayang kulit. sempat aku tinjau khemah sebelum balik dari main bola, ada batang pisang tempat cacak patung patung kulit. Macam tempat budak sunat pon ada.

Pada malam tersebut selepas bersiap terus gerak sama sama dengan Wadi dan Ijo. Semua berbaju melayu dan kain pelikat. Tapi kat dalam pakai seluar pendek. Stenbai kalau kalau kena kejar hantu, terus bukak kain silang kat bahu. Senang sikit nak lari.

Tapi tak pernah lagi aku dengar cerita ada yang kena kejar hantu. Kena kejar babi hutan tu, banyakla.

Sebabkan aku sampai sedikit lewat, aku tengok Jehe tak di tempat yang dijanjikan. Leceh betul takde handphone ni, nak sms pon takleh.

Masa tu tengok orang dah ramai kat sekeliling khemah wayang kulit. Ada yang tengah beratur panjang. Bunyi gong dan alat muzik lain membuatkan kami makin teruja.

'Agaknya dah nak mula.' jerit Wadi dengan kuat kat tepi telinga aku.

Di tengah kekalutan itu tiba tiba Jehe muncul dan menarik tangan aku, ajak ke pentas dikir barat.

'Nak masuk kena bayar, 50sen' kata Jehe kecewa.

Cilakak, nak tengok wayang kulit pon kena bayar. Macam mana kebudayaan nak berkembang di kalangan budak sekolah.

Patutla remaja sekarang lebih cenderung kepada kelab malam.

Malam tu kami layan kecewa sambil pekena keropok lekor tepi pentas dikir barat.

0 contengan:

Post a Comment