Pages

27 October 2011

Waja diri.

Tadahan hujan.

Pembaca yang budiman, percayakah Tuan jika saya katakan bahawa manusia di dunia ini tidak akan pernah wujud jika personaliti waja diri tidak ada dalam diri manusia?

Apa!? Tuan tidak percaya?

Baiklah, mari saya kisahkan. Di saat Nabi Adam dan Hawa dihumban ke bumi, apa yang membuat pasangan tersebut terus bertahan di bumi dengan harapan pada suatu hari nanti mereka akan kembali ke syurga?

Apa akan terjadi jika asal muasal manusia itu tidak mempunyai personaliti(waja diri) demikian. Katakan mereka sangat kecewa dan meratapi apa yang telah terjadi, kemudian menamatkan riwayat dan kisah cinta mereka dengan sekali lagi melanggar perintah tuhan (dibaca membunuh diri). Jika itu terjadi, akan wujudkah saya yang berjaya menaip entri ini dan akan lahirkah Tuan yang sedang membaca entri ini?

Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sifat waja diri itu sebenarnya tertanam utuh dalam diri setiap manusia sedari lahir. Seorang bayi yang baru lahir setelah beberapa bulan akan berusaha keras untuk meniarap. Kemudian apabila semakin besar, dia berusaha pula untuk duduk, merangkak, berdiri, berjalan seterusnya berlari-lari.

Dapatkah Tuan bayangkan jika bayi tadi berputus asa setelah jatuh dalam usahanya untuk berdiri, dia kemudian tidak pernah mencuba lagi. Dapatkah Tuan berdiri seperti mana Tuan berdiri pada hari ini andaikata bayi yang putus asa tadi adalah Tuan?

Jawablah dalam hati semua persoalan saya di atas kerana saya tidak mahu Tuan berceloteh di sini. Saya tidak memerlukan jawapan sebagaimana saya tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut definisi personaliti waja diri.

Cukuplah digambarkan betapa tidak indah kehidupan ini jika sifat waja diri itu tadi tiada dalam diri manusia, tiada dalam diri kita-kita ini.

4 contengan:

rinn said...

hai.
sy skg perlu menyiapkan asgment brkaitan waja diri tpi kurang faham akan definisi wajadiri.saya mohon sekiranya saudara boleh tlg jelaskan sedikit lg mengenai waja diri atau kongsikan mana2 link ttg wajadiri yg blh mmbantu saya utk faham maksud personaliti waja diri..terima kasih...

ninie said...

Salam..sy juga ingin mengetahui apakah ciri2 personaliti wajadiri..thank you in advance

Manis said...

salam..masih mencari apa mksud wajadiri.. saya sedang siapkan assignment tentang wajadiri masyarakat dulu dan sekarang... boleh bagi idea tak?

yana said...

personaliti wajadiri adalah kemampuan untuk beriaksi secara sihat dan produktif ketika menghadapi rintangan atau trauma.

Post a Comment